14 Mac 2013, Khamis :-
Syah terjumpa gambar ini di internet dan diantara peneranganya adalah sepeti berikut :- Yang Maha Mulia Diraja Sri Paduka Maulana Al Sultan Mohamet Jamal Al Alam bin Sri Paduka Al Marhum Sultan Mohamet Fathlon, Sultan Sulu dengan rombongan DiRaja kira-kira tahun 1876. Sultan Sulu telah menyerahkan "untuk selamanya dan berkekalan" semua kawasan dari Sungai Pandasan di pantai Utara-Barat ke seluruh pantai Timur sejauh Sungai Sibuco kepada Baron de Overback dan Alfred Dent.
Syah tak berapa pasti mengenai Kesultanan Sulu ini dan tak pernah ambil tahupun. Keturunan dari Kesultanan yang telah tidak wujud lagi didunia ini telah membuat tuntutan terhadap Sabah dari dahulu lagi dan kemuncaknya Lahad Datu telah diceroboh oleh Penganas dari Selatan Filipina yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" pada 09 Februari 2013 yang diketuai oleh Azzimuddie Kiram (individu yang menggunakan gelaran Raja Muda) yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram III (individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu). Insiden ini telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara kita buat masa ini dan sekarang Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengadakan Operasi Daulat untuk menumpaskan Penceroboh Durjana dari Selatan Filipina ini.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pasukan keselamatan negara kita berjaya dalam Operasi Daulat ini dan menumpaskan sepenuhnya penceroboh yang mengelarkan diri mereka sebagai "Tentera Diraja Kesultanan Sulu".
No comments:
Post a Comment