24 Mac 2013, Ahad :-
Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenan menerima mengadap Vongsone Khattiva Vongdara, isteri Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Republik Demokratik Rakyat Loas di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan. Vongsone Khattiva Vongdara berada di Negara Brunei Darussalam kerana mengiringi suami beliau yang menghadiri Mesyuarat ASEAN Socio-Culture Community (ASCC) Council Kali Ke-9. Turut serta mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri adalah isteri Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Brunei, Datin Dayang Hajah Rosnah binti Pehin Datu Indera Sugara Dato Seri Laila Jasa Haji Johari.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelitabrunei
No comments:
Post a Comment