05 Mac 2013, Selasa :-
Malam semalam YAM Tengku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkenan menghadiri majlis pengkebumian Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Klang. Allahyarham yang berusia 27 tahun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Sabah meninggal dunia dalam serangan hendap pasukan penceroboh dari Tentera Diraja Sultan Sulu ketika melakukan siasatan di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Allahyarham merupakan sahabat kepada YAM Tunku Jalil dan pernah bersama-sama menjalani latihan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK).
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment