02 Mac 2013, Sabtu :-
Semalam telah berlaku satu insiden yang tidak diingini melibatkan empat pelajar daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang sedang dalam rangka lawatan sambil belajar di Tawau, Sabah. Seramai 29 orang pelajar dan kakitangan UBD menyertai program ini. Pada jam 16:00hrs beberapa pelajar sedang membuat kajian mengenai batu batan di Sungai Balung kira-kira 500 meter dari Jambatan Sungai Balung. Ketika beberapa pelajar bergerak ke tengah sungai, tiba-tiba paras air naik dan arus sungai menjadi deras dari bahagian ulu. Empat pelajar telah dihanyutkan oleh air deras dan hanya dua sahaja yang dapat ditemui manakala dua lagi masih hilang.
Berikutan peristiwa ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan lima pegawai dari UBD, ibu bapa dan ahli keluarga empat orang pelajar yang terlibat dalam tragedi berkenaan diterbangkan ke Sabah serta merta menggunakan Penerbangan Diraja Brunei B1 829 malam tadi pada jam 21:40hrs dan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei.
Usaha-usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang giat dijalankan oleh pasukan Polis dan Bomba Sabah manakala pelajar dan kakitangan UBD yang terselamat telah ditempatkan disebuah hotel di Tawau dan diletakkan dibawah pengawasan Kounsellor Agong Brunei di Sabah. Syabas diucapkan kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang begitu perihatin terhadap kebajikan rakyat baginda.
Sumber:- Pelita Brunei
1 comment:
mudahan dua org pelajar lagi dalam keadaan selamat :/
Post a Comment