Saturday, January 12, 2013

Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah Sultan Selangor Era Jepun Yang Dinafikan Haknya Oleh Inggeris

12.01.2012, Sabtu - Hari nie Syah hendak bercerita secara ringkas mengenai salah seorang Sultan Selangor yang telah dinafikan haknya sebagai pewaris tahta yang sah oleh pihak penjajah Inggeris.  Baginda adalah Almarhum Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah. Baginda diputerakan  pada tahun 1893 di Jugra, Selangor dan merupakan putera sulong Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah bersama suri baginda, Tengku Ampuan Maharum binti Raja Muda Tunku Dziauddin (Kedah). Putera yang lahir ini dinamakan Tengku Musa Eddin dan sebagai seorang putera sulong yang gahara, baginda adalah pewaris tahta yang sah dan telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor pada tahun 1916 ketika berusia 23 tahun. Walau bagaimanapun, peribadi Tengku Musa Eddin yang anti Inggeris tidak begitu disenangani oleh pihak penjajah.  Residen Inggeris di Selangor ketika itu, T.S. Adam telah mencadangkan agar Raja Muda Selangor ini disingkirkan tetapi tidak mendapat persetujuan Sultan Selangor pada mulanya tetapi baginda Sultan akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Inggeris.  Pada tahun 1933 Tengku Musa Eddin telah disingkirkan sebagai Raja Muda Selangor atas alasan "salahlaku peribadi".  Sebagai penggantinya pihak Inggeris melantik Tengku Alam Shah (kumudiannya bergelar Sultan Hishamuddin Alam Shah) yang merupakan putera ketiga Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah sebagai Raja Muda Selangor yang baru dan pihak Inggeris telah melangkah putera kedua Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah iaitu Tengku Badar Shah yang merupakan datuk sebelah bonda Sultan Selangor sekarang, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Selepas disingkirkan sebagai Raja Muda Selangor, Tengku Musa Eddin diberikan gelaran Tengku Kelana Jaya Putera iaitu gelaran yang biasa digunakan oleh putera mahkota bagi Yang di-Pertuan Muda Johor dan Riau yang berketurunan Bugis. Walaupun telah disingkirkan, Tengku Musa Eddin tidak pernah menyimpan dendam kepada penggantinya yang merupakan adinda baginda sendiri malah semasa pertabalan Raja Muda Alam Shah sebagai Sultan Selangor, Tengku Musa Eddin merupakan pengerusi kepada istiadat pertabalan berkenaan.


Keajaiban berlaku seketika pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bermula Disember 1941 dimana pihak Jepun telah mengembalikan semula tahta kepada Tengku Kelana Jaya Putera atau Tengku Musa Eddin serta menyingkirkan Sultan Hishamuddin Alam Shah sebagai Sultan Selangor. Tengku Musa Eddin menggunakan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah dan menjadi Sultan Selangor seperti sireh pulang keganggangnya tetapi hanya dalam waktu yang singkat kerana setelah Jepun menyerah kalah kepada pihak bersekutu pada tahun 1945 dan Inggeris masuk semula ke Tanah Melayu dan baginda disingkirkan sebagai Sultan Selangor oleh Lord Louis Mountbatten dan mengembalikan semula Tahta kepada Sultan Hishamuddin Alam Shah.  Tengku Musa Eddin telah dibuang negeri ke Kepulauan Cocos Keeling.  Sebelum beberapa bulan kemangkatan baginda, baginda telah dibawa pulang semula ke Selangor dan kemudiannya mangkat pada 1955 dalam usia 62 tahun dan dimakamkan di Makam Diraja Selangor di Klang sebaris dengan Sultan-Sultan Selangor lainnya. Tengku Musa Eddin berkahwin dengan Syarifah Mastura Syed Shahabuddin dan tidak dikurniakan sebarang cahayamata.  Rasanya memang baginda tidak mahukan zuriat kerana tidak mahu berlaku sebarang rebutan kuasa terhadap tahta negeri Selangor Darul Ehsan dikemudian hari.  Jika benar, memang mulia dan ikhlas keperibadian  Tengku Musa Eddin yang walaupun haknya telah dinafikan oleh penjajah tetapi baginda tidak pernah merebut tahta yang sepatutnya menjadi hak milik mutlak baginda.


Makam dihadapan sekali yang bewarna putih ini adalah Makam Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah manakala dihadapan makam baginda adalah Makam Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.  Gambar ini Syah ambil sewaktu ziarah ke Makam Diraja Selangor beberapa tahun lepas.

Al-Fatihah ........... Kepada Almarhum Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Semuga Roh Baginda di Tempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.....Amin.

Sumber :- Koleksi Diraja Maharum Bugis Syah / Wikipedia / The Royal Families of SEA

15 comments:

Anonymous said...

bole sye tahu x dri mana sumber ini..sbb kisah ni lebih kurang mcm situasi yang berlaku kepada Tengku Ali di Terengganu...dri pembacaan saya isu di Selangor masih belum dikaji oleh para sarjana...

tengkusyah said...

Memang sama Dengan Kes Almarhum Tengku Ali cuma nasib Almarhum Sultan Musa lebih baik daripada Almarhum Tengku Ali yang terpaksa menjadi pemandu kereta sapu dan pelbagai kerja lagi untuk menyara hidup sehingga kes marhum menuntut tahta kalah di Mahkamah. Di Perlis juga terdapa kes yang sama.

tengkusyah said...

Saudara/Saudari ...... Pendapat peribadi Syah, Kes yang berlaku di Selangor ini tidak memerlukan kajian lanjut.

Anonymous said...

Di Perlis saya belum pernah terbaca lagi..Tapi kisah ini mungkin penting bagi pensejarahan Selangor...

Anonymous said...

untuk kes Almarhum Tengku Ali saya ade satu artikel yg bagus untuk dibaca..di tulis oleh Profesor Nik Anuar Nik Mahmud

tengkusyah said...

Bagus bunyinya .... Boleh Kongsi artikel tu

Pertukaran Tahta dari seorang ke seorang yang lain adalah perkara biasa dalam sejarah raja-raja dimana-mana duniapun apatah lagi adanya campurangan penjajah yang kita adalah "hambanya" satu ketika dahulu.

Diselangor dan Perlis perkara ini tidak dipertikaikan kecuali Terengganu yang menuntut kembali Tahta sebab tu masyarakat tak tahu kes di Selangor dan Perlis nie kecuali mereka yang rapat dengan pihak Istana. Waktu tu waktu perang dan Jepun terkenal dengan kezalimannya jadi banyak benda lain yang rakyat harus fikirkan ketika itu daripada ambil tahu pasal tahta.

Anonymous said...

bole Syah bagi email saya akan email

tengkusyah said...

tengku.104@gmail.com
Terima Kasih.

Anonymous said...

ok syah sye sudah email kan..selamat membaca..

tengkusyah said...

Salam,
Saya tak dapatlah e-mail anda.
Boleh beri e-mail address anda untuk saya hubungi.
Terima Kasih

tengkusyah said...

atau cuba hantar sekali lagi

Anonymous said...

ok sye cuba skali lg

Anonymous said...

email saya..mss103292@yahoo.com.my

Anonymous said...

sye sudah sent..

Anonymous said...

saya sudah sent ke emai lg satu tu