11.01.2012, Jumaat - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah berasa terharu menerima memorandum menyokong baginda kekal sebagai Presiden FAM. Memorandum berkenaan disampaikan oleh Hafizan Hassan, Pengerusi Badan Bertindak Penyokong Sultan Pahang Terus Menerajui FAM kepada baginda semasa baginda berangkat tiba di Pengkalan TUDM Kuantan. Turut serta adalah 103 orang yang mewakili penyokong dari seluruh negara sambil melaungkan kata-kata sokongan kepada Tuanku Ahmad Shah. Turut bersama Tuanku Ahmad Shah adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment