Friday, January 18, 2013

Terima Dua Naskah Buku Mengenai Sultan Dari Brunei

18 Januari 2013, Jumaat :-


Shukur Alhamdulillah setelah menunggu selama hampir lima hari,  akhirnya selepas Solat Jumaat tadi  Syah menerima dua buah buku dari sahabat Syah di Brunei Darussalam.  Member office Syah Rohizad menerimanya dan waktu tu Syah tiada dipejabat. Sebuah buku bertajuk Sultan Tengah - Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir dan satu lagi bertajuk Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin 1924-1950. Nampak gayanya bertambahlah lagi koleksi peribadi Syah di Maharum Bugis Syah Mini Royal Library.  Ramai yang tidak tahu sebenarnya Sarawak pernah ada Sultan sebenarnya tetapi uniknya baginda merupakan Sultan pertama dan terakhir.  Selama ini semua orang tahu mengenai Rajah Brooke sahaja kan? Begitu juga dengan Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Brunei yang memerintah pada tahun 1924-1950.  Baginda merupakan bapa saudara kepada Sultan Brunei sekarang. Disebabkan baginda tiada anak lelaki maka selepas baginda mangkat, Bapa Sultan Brunei sekarang menggantikan tempat baginda sebagai Sultan Brunei yang baru.  Jika baginda ada anak lelaki tentu Sultan Brunei sekarang adalah individu yang lain.  Sultan Ahmad Tajuddin juga berkahwin dengan Tengku Raihani iaitu puteri  kepada Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5 dan Tengku Raihani bergelar Tengku Ampuan Raihani dan makamnya ada di Makam Diraja Klang.  Seperkara lagi Sultan Ahmad Tajuddin mangkat di Singapura dan jenazah baginda telah diletakkan di Istana Besar Johor Baharu sementara menunggu urusan membawa jenazah baginda balik ke Brunei dijalankan. 

Syah belum baca lagi buku mengenai Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin tetapi buku mengenai Sultan Tengah ini Syah memang ada tetapi bukan dalam bentuk buku cuma salinan photostate yang Syah minta dari Muzium Sarawak sewaktu melawat Sarawak beberapa tahun lepas dan pernah buat entry mengenai Sultan Tengah pada 2012 lepas.  Syah tahu mengenai Sultan Tengah nie secara kebetulan sahaja semasa Syah on the way ke Santubung terjumpa makam baginda dan kemudiannya Syah ke pejabat Muzium Sarawak untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai baginda.  Disebabkan buku berkenaan merupakan buku lama dan pihak Muzium Sarawak hanya ada satu salinan sahaja, mereka hanya boleh serahkan salinan photostate sahaja kepada Syah.  Buku ini dikeluarkan sempena perasmian makam berkenaan oleh  Sultan Brunei. Kini Syah dapat bukunya dan berterima kasih sangat kepada Naning atas usaha beliau membeli dan menghantar buku ini kepada Syah sebagai cenderahati.

By the way, terima kasih Naning atas kesudian anda membeli dan menghantar buku ini kepada Syah.  Macam menerima hadiah istemewa rasannya. Really appreciate it.

Entry Syah mengenai Sultan Tengah :-

Entry Syah mengenai Tengku Ampuan Raihani :-

No comments: