Istana Alam Shah
05.01.2012, Sabtu - Istana Alam Shah merupakan Istana Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan terletak di Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan. Istana Alam Shah mula dibina pada tahun 1958 dan siap sepenuhnya pada tahun 1960. Istana ini sebenarnya dibina diatas tapak asal Istana Mahkota Puri. Istana Mahkota Puri telah dibina pada tahun 1899 dan siap pada 1903 sempena Istiadat kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke-5. Pada tahun 1957 Istana Mahkota Puri telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan istana yang baru iaitu Istana Alam Shah diatas tapak yang sama. Semenjak daripada itu, Istana Alam Shah telah dibuat beberapa pengubahsuaian serta pembesaran dan kali terakhir adalah pada tahun 2001 sebelum Istiadat Pengmahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Sultan Selangor yang baru pada tahun 2003.
Sumber :- Youtube / Wikipedia
No comments:
Post a Comment