16 Januari 2013, Rabu :-
Pada 16 Januari 1641, Melaka yang dibawah kekuasaan Portugis semenjak tahun 1511 telah telah jatuh ketangan Belanda. Belanda mula melakukan serangan kepada Portugis di Melaka semenjak tahun 1640 lagi atas arahan Antonio Van Dieman yang merupakan Gabenor Jeneral Belanda di Betawi dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor. Sultan Johor ketika itu, Sultan Abdul Jalil Shah III memberi bantuan dengan menghantar 40 buah perahu perang dengan 1500 tentera dibawah pimpinan Laksamana Tun Abdul Jamil manakala tentera Belanda dibawah pimpinan Jacop Koper dan Andriaan Antonisz telah mengepung Melaka selama beberapa bulan menyebabkan pihak Portugis di Melaka mengalami masalah kekurangan bekalan makanan. Kesempatan ini telah diambil oleh Jeneral Coertekoe untuk melancarkan serangan keatas pihak Portugis di Melaka dan dapat menawan Melaka sepenuhnya. Kejatuhan Melaka dari tangan Portugis kepada Belanda dilihat sebagai titik tolak kepada usaha perjuangan mempertahankan tanah air. Segala dugaan yang dihadapi sewaktu dijajah telah memberikan semangat perjuangan kepada rakyaat sehingga negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Sumber :- Arkib Negara / Kenali Melaka
No comments:
Post a Comment