Tuesday, January 8, 2013

YAM Tengku Zaleha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Mangkat

08.01.2013, Selasa - Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Yang Amat Mulia Tengku Zaleha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang telah mangkat pada Sabtu lepas bersamaan 05 Januari 2013. Allahyarhamah yang berusia 80 tahun mangkat disisi keluarganya pada jam 06:55hrs di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat komplikasi kanser yang dialaminya semenjak 14 tahun lepas. Sebelum ini Allahyarhamah dirawat disebuah hospital di ibu negara  tetapi memaklumkan bahawa beliau hendak balik ke Terengganu dan permintaan ini telah dipenuhi dan Allahyarhamah dibawa balik ke Terengganu menggunakan kapal terbang TUDM.  

Dalam beberapa jam sahaja berada dirumah, Allahyarhamah telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah atas nasihat doktor semenjak hari Isnin 31 Disember 2012 lepas.   Walau bagaimanapun tahap kesihatan Allahyarhamah semakin merosot dan berlaku jangkitan pada paru-paru serta jantungnya semakin lemah dan banyak organ dalamannya yang rosak.  

Allahyarhamah meninggalkan seorang anak lelaki tunggal dan tujuh cucu serta seorang cicit.  Anak lelaki tunggal Allahyarhamah adalah  Dato' Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad atau lebih dikenal sebagai Raja Bahrin yang merupakan seorang arkitek terkenal yang mereka Masjid Terapung di Terengganu, pernah mengejutkan dunia kerana berjaya menghadapi risiko melarikan anaknya dari bekas isterinya di Australia dan merupakan  suami kepada penyanyi jazz Noryn Aziz (isteri kedua).  Allahyarhamah telah dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu bagi kerabat-kerabat yang akrab dimana jenazah diletakkan dalam keranda diatas usungan yang dihiasi dengan kain bewarna kuning serta empat pasang payung obor bewarna kuning dan putih. Usungan ditarik oleh lapan orang anggota Askar Melayu Diraja.  

Istiadat permakaman dilaksanakan   selepas solat Zohor hari yang sama di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Allahyarhamah Tengku Zaleha merupakan puteri ketiga Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dari isteri baginda Allahyarhamah Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar (Pahang). Allahyarhamah merupakan bonda  saudara kepada Sultan Terengganu sekarang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.  Tuanku Mizan telah berkenan mengadakan Majlis Tahlil selama tujuh malam berturut-turut mulai 05 Januari lepas di Istana   Maziah, Kuala Terengganu.

Alfatihah .................. semuga roh Allahyarhamah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.

Sumber :- Kumidi / Sinar

5 comments:

wawa syaida said...

takziah...maybe typo error..5 Januari 2013 kot

Che Tak Botak said...

YAM Tengku Zaleha binti Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah adalah adinda kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj ibni Almarhum Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah Al-Haj. Ini bermakna, Almarhum adalah bonda saudara dan bukannya nenda saudara kepada DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu yang sedang bertahta. Harap Maklum

tengkusyah said...

terima kasih semua, typo erro telah dibetulkan

tengkusyah said...

Terima Kasih Che Tak Botak .......... Saya tersilap tulis sebab nak cepat mengejar masa buat entry tu waktu lunch tadi dan telah dibetulkan.

tengku abdul matin said...

salam sape2 tahu pasal sultan singapore kalau tahu kol saya je +6596110552 name saya tengku abdul matin