03.01.2012, Khamis - Tentunya kita pernah terdengar pepatah Melayu mengatakan Tuah Ayam Nampak Dikaki, Tuah Manusia Tidak Siapa Yang Tahu. Pepatah ini membawa makna tidak ada orang yang dapat meneka untung malang nasib seseorang. Begitulah yang terjadi pada bayi comel ini yang dilahirkan pada pagi Isnin jam 02:40hrs, 21 April 1926 di No.17 Bruton Street,London. Kelahirannya disambut dengan 21 das tembakan meriam sebagai menandakan kelahiran cucu perempuan pertama kepada Raja England, King George V dan Queen Mary. Ayahanda dan bondanya pada ketika itu hanyalah Duke and Duchess of York sahaja. Bapa saudaranya Prince Edward merupakan pewaris pertama tahta Britain, manakala ayahandanya Duke of York merupakan pewaris tahta kedua manakala dengan kelahirannya, anak kecil ini menjadi pewaris tahta ketiga ketika itu. Jika bapa saudaranya menjadi Raja dan mempunyai anak, anak berkenaan akan menjadi pewaris kedua dan ayahandanya (Duke of York) akan turun ketempat ketiga dan begitulah seterusnya dimana jika mengikut kelazimannya memang jauh peluang beliau untuk menjadi raja.
Walau bagaimanapun disebabkan bapa saudaranya Prince Edward kemudian bergelar King Edward VII telah turun dari tahta pada 10.12.1936 kerana ingin mengahwini wanita pilihan hatinya yang tidak mendapat restu Parlimen Britain telah membuka peluang kepada ayahandanya Duke of York untuk menjadi Raja dan kemudiannya bergelar King George VI. Disebabkan King George VI tidak mempunyai putera dan hanya dua puteri sahaja, ini telah membuka jalan kepada anak gadis ini untuk menjadi pewaris tahta pertama England. Dengan kemangkatan Ayahandanya pada 06.02.1952 ketika beliau berada di Kenya atas urusan rasmi telah mengubah nasib anak perempuan ini yang apabila dia kembali semula ke England dia bukan lagi seorang puteri tetapi akan menjadi seorang Ratu (Queen). Beliau adalah Baginda Queen Elizabeth II yang kini masih lagi bertahta di England dalam usia 86 tahun.
Sumber :- The picture life of Queen Elizabeth II
No comments:
Post a Comment