03.01.2012, Khamis - Dukacita dimaklumkan Hari ini Pahlawan Negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau telah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung jam 01:45hrs di Hospital Umum Sarawak dalam usia 68 tahun. Balu mendiang Datin Brawang Chunggat memaklumkan bahawa mereka sekeluarga amat terperanjat dengan pemergian mendiang secara mengegut yang mana sebelum ini tidak pernah sakit dan kelihatan sihat. Mendiang menghembuskan nafas terakhir tidak lama selepas dimasukkan ke hospital berkenaan setelah pengsan dikediamannya kerana sesak nafas. Datuk Temenggong Kanang bersara dari Angkatan Tentera Malaysia setelah berkhidmat selama 21 tahun pada tahun 1986 sebagai Pegawai Waran 1 daripada Batalion Ranger dan memulakan perkhidmatannya dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker (Pengesan Jejak Iban) pada 21 April 1962. Mendiang dilahirkan pada tahun 1945 di Julau, Sarawak berketurunan Iban. Pada 20 April 2010, Mendiang dilantik sebagai ikon kategori pahlawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Mendiang merupakan satu-satunya anggota tentera yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang merupakan pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup. Mendiang dianugerahkan pingat ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VII, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah pada 03 Jun 1981. Setahun sebelum menerima SP, Mendiang dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) atas kehebatan dan keberanian Mendiang menembak mati lima pengganas komunis di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak. Pada 24 September 2011, Mendiang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak 'Panglima Gemilang Bintang Kenyalang' yang membawa Gelaran Datuk sempena sambutan ulangtahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Mendiang mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberanian Mendiang dalam mempertahankan negara dari ancaman pengganas komunis semenjak tahun 1962 hingga 1986. Salah satu peristiwa penting perjuangan Mendiang adalah peristiwa yang berlaku pada tahun 1980. Pada tahun 1980 mendiang bersama 30 anggota Platun Gempur Batalion Kelapan, Rejimen Renjer Diraja (RRD) telah bertempur dengan komunis di Perak. Dalam pertempuran ini Mendiang ditembak tiga kali berturut-turut oleh komunis. Tembakan dari arah belakang Mendiang menyebabkan peluru itu mengenai jantungnya dan tembus kedada manakala dua tembakan dari hadapan mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggangnya. Mendiang yang dalam keadaan lemah dan berlumuran darah tetap cekal memberanikan diri memapah seorang anggota bawahannya dari tembakan komunis. Walaupun kecederaan Mendiang teruk, dengan semangat pahlawannya mendiang dapat bertahan dan selamat walaupun terpaksa mendapatkan rawatan selama setahun akibat kecederaan berkenaan.
Takziah diucapkan kepada Datin Brawang Chunggat dan keluarga diatas pemergian Mendiang Pahlawan Negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau. Semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Negara kita telah kehilangan sebutir permata yang berharga. Terkenang Syah mengenai "Battle Cry" yang digunakan oleh Mendiang dalam bahasa Iban iaitu "Agi idup agi ngelaban" yang membawa makna "Selagi saya hidup, saya akan berjuang".
Update :- 04.01.2012 :- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk memberikan Majlis Penghormatan Negara kepada Mendiang sebelum majlis pengkebumian yang akan diadakan pada pagi Ahad ini di Makam Pahlawan Sarawak.
Update :- 04.01.2012 :- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah bersetuju untuk memberikan Majlis Penghormatan Negara kepada Mendiang sebelum majlis pengkebumian yang akan diadakan pada pagi Ahad ini di Makam Pahlawan Sarawak.
Sumber :- Syahril.wordpress/Kosmo/Wikipedia/Utusanonline
1 comment:
AMACAM Mat Sabu dan penyokong2 beliau, kamu nak anggap Datuk ni wira negara atau pengkhianat? Dia dah bunuh 5 komunis tau, orang2 yg kamu anggap sebagai pejuang kemerdekaan. Dia bukan orang Islam, tapi rakyat Bumiputra sejati yg mempertahankan negara dari banjingan bangsat yg kamu agungkan sangat tu.
Kerajaan akan memberi penghormatan tahap tertinggi negara dengan mengkebumikan beliau di makam pahlawan - a true gift for a true nation warrior. Adakah bila PR berkuasa di Putrajaya nanti kamu nak korek semula mayat dia dan campak dia ke lubuk anjing kerana telah membunuh idola - idola kamu?
Jawab Mat Sabu - JAWAAAAB!!! Aku tuntut jawapan kamu hingga ke akhirat nanti..!!
Post a Comment