19 Januari 2013 :-
Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I. Majlis diadakan di Kem Segenting, Port Dickson, Negeri Sembilan. Dalam majlis ini seramai 55 orang pegawai kadet Graduan Kolej Tentera Darat dan 10 pegawai kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I telah berjaya menamatkan latihan dan ditauliahkan menyertai perbarisan.
Kelihatan Tuanku Abdul Halim menyampaikan Pedang Kehormat kepada Pegawai Rendah Kanan Mohd Faris Mohd Noor yang menerima anugerah Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat manakala Pegawai Kadet Graduan Mohd Noorkhalis Syafique Kamal Abdul Rasid menerima pedang kehormat untuk anugerah Terbaik Keseluruhan Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I.
Anugerah Akademil Terbaik pula telah diberikan kepada Pegawai Kadet Graduan Aleziana Caroline anak Castelo dari Pegawai Kadet Graduan Kapal Diraja Sultan Idris I manakala bagi Pegawai Kadet Graduan Kolej Tentera Darat diberikan kepada Pegawai Rendah Muda Asyroff Zakaria
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment