Saturday, February 11, 2012

Perdana Menteri Rasmikan Jubli Emas PSSGM dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012

11.02.2012, Sabtu - Sempena Lawatan Sehari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Negeri Sembilan semalam, anak Bugis ini yang juga merupakan Imam Khalifah Agung Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) telah merasmikan sambutan Perayaan Jubli Emas Ulang Tahun ke-50 PSSGM dan Perdana Gayong Malaysia Sedunia 2012. Sambutan ini berlangsung di padang Majlis Perbandaran Seremban, Seremban, Negeri Sembilan. Dalam ucapannya beliau berkata rakyat harus mempunyai jati diri yang ampuh dan minda terbuka untuk menimba segala ilmu bagi memastikan kelangsungan dan identiti bangsa tidak mudah tergadai. Tambah beliau lagi, jatidiri ibarat akar pokok, ianya perlu kukuh dan teguh agar tidak mudah dicabut mana-mana pihak.

Majlis ini dihadiri lebih kurang 6,000 pesilat gayong dari seluruh negara termasuk jemputan khas dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Syria, Thailand, Indonesia, Singapura dan Tunisia hadir . Turut serta adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan yang uga merupakan Timbalan Khalifah Agung PSSGM, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam merangkap Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia dan Dato' Adiwijaya Abdullah Yang Dipertua PSSGM. Dalam majlis ini juga, Datin Seri Rosman Mansor telah dianugerahkan Selendang Kehormat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. Datuk Seri Najib Tun Razak telah memakaikan seledang berkenaan kepada isteri beliau dalam majlis itu.

Sumber :- Berita Harian

2 comments:

Anonymous said...

rosmah badak

tengkusyah said...

Ahaks ........... Hehehe ..... by the way jika kita sering mencari kekurangan/keburukan sesorang makan satu hari nanti insyallah Allah akan tunjukkan kekurangan/keburukan kita pula kepada orang lain.