10.02.2012, Jumaat - Pagi tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang berada di Alor Star telah berkenan menziarahi jenazah Pegawai Staf Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL), Lt Kol Habibullah Ismail yang meninggal dunia di Lubnan akibat serangan sakit jantung pada 06 Februari lepas. Tuanku Abdul Halim menziarahi jenazah Allahyarham dikediaman Allahyarham di Lorong Madrasah, Tambak Bunga. Keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim disambut oleh Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin serta pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.
Tuanku Abdul Halim meluangkan masa selama 15 minit dikediaman Allahyarham dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham sebelum berangkat pulang ke Istana Anak Bukit. Allahyarham berusia 42 tahun dan merupakan Pegawai Memerintah 23 Rejimen Askar Melayu (RAMD) di Ipoh, Perak dan menyertai UNIFIL pada 14.11.2011 dan akan menamatkan tempoh perkhidmatannya pada 13.11.2012. Anak kelahiran Alor Star ini meninggalkan seorang isteri, Maryani Mahadzir dan tiga orang anak iaitu dua orang anak lelaki berusia 13 dan 9 tahun serta seorang anak perempuan berusia 6 tahun.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Malaysia menggunakan pesawat komersial Qatar dan selamat tiba ke KLIA jam 20:30hrs malam tadi (09.02.2012) dan di sembahyangkan di Masjid Pengkalan Udara Subang sebelum diterbangkan dengan pesawat C-130 TUDM ke Alor Star. Jenazah sekali lagi disembahyangkan di Masjid Tambak Bunga berimamkan abang Allahyarham sendiri, Fathullah Ismail (52 tahun) dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambak Bunga pagi tadi.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhan dan Syah berharap agar kalian tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah ............. Semuga Roh Allahyarham Lt Kol Habibullah Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment