10.02.2011, Jumat - Semalam Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan menghadiri majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kali Kedua sempen Hari Keputeraan Baginda yang ke-64. Istiadat berlangsung di Balairong seri Istana Seri Menanti. Kelihatan Tuanku Muhriz berkenan menganugerahkan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Dato' kepada Pengarah NADI Unit Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri, Dato' Rosni Abdul Malik.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment