12.02.2012, Ahad - Sekarang hujan lebat sangat dan jam menunjukkan angka 21:19hrs dan Syah baru lepas mandi dan sampai ke Rawang Residence Syah jam 20:15hrs tadi. Turun bas jer nampak macam ada orang panggil Syah kat kedai nasi lemak cantik, rupa-rupanya Yarzar member Syah. Lama tak jumpa dia sebab phonenya sentiasa bertukar dan rupa-rupanya dia tak stay kat area Rawang Residence Syah lagi, patutlah. Dulu dia stay dengan cousinnya tetapi sekarang menyewa di Country Homes katanya sebab kat sini susah nak pergi kerja. Syah ajak dia singgah dan tidur kat rumah tetapi katanya hari nie tak boleh sebab sedang tunggu kawannya nak balik ke Country Homes.
Dia inform Syah kalau dia nak tidur/datang rumah dia call Syah, tapi tak taulah dia ingat atau tak nombor phone Syah sebab tadi dia bagi nombor baru lagi, kerap tukar nombor phone dan masuk nie dah empat nombor dia bagi Syah. Adalah dua tiga kali dia melawat Syah di Rawang Residence dan pernah tidur kat rumah syah sekali. Sekarang dia dah pindah nie entah bila agaknya berumpa lagi. Ahakss..... Itulah realiti kehidupan, walaupun dia nie orang Asing tetapi baik budi pekertinya dan menghormati orang. Syah doakan agar dia bahagia dengan kehidupannya sekarang dan dipermudahkan segala urusannya.
Nie plak cerita pagi tadi, sebelum tu gambar nie diambil dalam bilik Syah lepas bersiap. Bas sampai ke Rawang Residence jam 10:00hrs tetapi pelik sebab bas jalan perlahan dan bila sampai area rumah double storey tu bunyi benda meletup dan bas rosak. Bas tu orang lain bawa bukan Abang yang biasa tu dan bila tanya katannya bearing tak silap syah kat tayar rosak dan tayar meletup. Adalah dekat 45 minit tunggu bas ganti datang tetapi taklah berpeluh walaupun cuaca panas sebab berteduh bawa pokok dengan penumpang-penumpang lain. Syah naik bas ke KL dan singgah makan di Semua House sebelum ambil train ke Ampang Park.
Dari Ampang Park, Syah jalan kaki ke Citibank buat payment dan minta mereka wavekan late charges kerana Syah lewat bayar bulan nie. Mereka wavekan sebab rekod bayaran Syah bayar penuh setiap bulan dan mereka tak ada masalah nak wavekan. Due date 05 Februari lepas dan Syah tak sempat bayar sebab uruskan perkahwinan Hafis dan lepas tu Syah pula MC kena piles. Dari Citibank jalan kaki ke KLCC untuk solat Zohor dan kemudiannya makan McD tetapi burgernya Syah bawa balik untuk sahur sebab esok nak puasa sunat. Lepas tu Syah ke Kinokuniya baca buku dan terjumpa Kak Long Fadhilah dan suami serta anaknya. Dari Kinokuniya ke Pos Malaysia KLCC bayar bil Astro sebelum tunggu waktu Asar.
Lepas Asar beli nasi goreng kat supermarket dan bertolak ke Masjid Jamek untuk balik ke Rawang naik bas. Ahaks.... jangan terperanjat yer sebab biasanya hari Sabtu/Ahad hari Syah makan banyak.............. Oklah gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry
No comments:
Post a Comment