14.02.2012, Selasa- Nak jadi cerita pagi tadi Syah terlepas bas. Syah keluar macam biasa dan asik pandang kearah jalan utama yang bas biasa datang sebab jam baru 06:25hrs dan bila jam 06:30hrs Syah nampak ada bas hendak keluar dan ingatkan bas sekolah tetapi rupanya bas yang Syah sepatutnya naik. Awalnya bas masuk dan biasanya 06:30hrs baru nak masuk area Rawang Residence ini jam 06:30hrs dia dah nak keluar dari taman nie. Rupa-rupanya driver lain, dan Syah macam tergamam dan biarkan jer bas tu jalan dan tetiba terpandang dengan seorang aunty indian dalam bas tu dan baru Syah perasaan itu bas yang Syah sepatutnya naik buka bas sekolah, alamak ........... dah terlepas lalu Syah berjalan cepat-cepat tunggu kat satu simpang yang agak jauh sedikit dari Rawang Residence Syah sebab bas tu akan masuk kat satu lagi taman kat dalam tu. Terkejar-kejar Syah dibuatnya tetapi sempat kejar bas tu. Entahlah pening kepala pasal transpot kat sini tetapi apa-apapun Syah hari nie sampai kat office before 08:30hrs kerana dapat naik komuter jam 07:00hrs.
Sekarang jam 21:30hrs dan kepala Syah sakit sedikit tak tahulah nape tetapi ada kalanya macam tu, mungkin tak selesa baring sambil menaip dan menntenet. Gambar kat atas tu pemandangan agak biasa kat Pekan Rawang. Uncle tu agaknya terlebih minum dan tengah lalok dan terbaring kat kaki lima kedai tempat Syah selalu tunggu bas ke Rawang Residence......... Macam-macam perangai manusiakan cuma yang baik kita jadikan teladan dan yang tak baik kita jadikan sempadan dalam melayari kehidupan yang sementara didunia yang fana ini. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .................. Byeeeeeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment