Monday, February 27, 2012

Perletakan Batu Asas Pembinaan Masjid Negara Oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

27.02.2012, Isnin - Pada hari ini dalam tahun 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah menyempurnakan perletakan batu asas pembinaan Masjid Negara di Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid yang bernilai $10 juta ini merupakan hasil daripada sumbangan kerajaan Persekutuan. Kerajan Negeri dan oarang ramai terletak di jalan Hishamuddin dalam kawasan 13 ekar berhadapan Stesyen Keretapi Tanah Melayu (KTM )Kuala Lumpur. Masjid ini boleh memuatkan 15,000 jemaah dalam satu masa dan didalam kawasan Masjid Negara terdapat Makam Pahlawan yang merupakan tempat persemadian khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa kepada negara semasa hayatnya.

Kerja-kerja rekabentuk masjid ini dipertangungjawabkan kepada tiga orang arkitek dari Pejabat Pengarah Kerjaraya ibu kota iaitu En Baharuddin bin Abu Kassim, Encik I. Hisham AlBakri dan Tn Hj. H.I. Ashley. Idea asal penubuhan Masjid Negara datang daripada keputusan Majlis Kerja Persekutuan yang ingin membina sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada Perdana Menteri Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai mengenang jasa dan bakti beliau kepada negara. Masjid ini dirasmikan pada 27.08.1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Pada ketika itu, Masjid Negara merupakan Masjid paling moden di Asia Tenggara.

Sumber : Arkib Negara / Wikipedia

No comments: