Wednesday, February 8, 2012

Sultan Johor Istiharkan Muar Sebagai Bandar Diraja Johor

Kelihatan Tuanku Sultan Johor dan Menteri Besar Serta Warga Johor Berarak Dalam Majlis Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor di Muar.

08.02.2012, Rabu - Pada 05.02.2012 lepas Bandar Muar atau juga dikenali sebagai Bandar Maharani telah di istiharkan sebagai Bandar Diraja Johor oleh DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pengisythiran dibuat di Masjid Sultan Ibrahim, Muar, Johor sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat negeri Johor 1433 Hirah. Turut serta berangkat ke Majlis ini adalah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani Othman, Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri Dato' Zainal Abidin Osman, Ahli Parlimen Muar Dato' Razali Ibrahim dan Mufti Johor Dato' Mohamad Tahrir Samsuddin.

Dengan pengisytiharaan ini, Tuanku Ibrahim mahukan Muar menjadi bandar contoh bagi Johor dan warga Muar harus bersama-sama menjaga kebersihan bandar mereka dan bukan hanya bergantung kepada pihak Kerajaan dan Majlis Perbandaran sahaja. Titah ini dikeluarkan oleh Tuanku kerana tahap kebersihan Bandar Muar amat kurang memuaskan hari baginda.

Titah baginda :-
  • "Penduduk Muar juga harus memberi kerjasama untuk menjaga kebersihan bandar Muar, Jangan hanya serah tanggungjawab ini kepada kerajaan atau pihak majlis"
  • "Hari ini selepas majlis ini kita dapat nilai sendiri adakah masyarakat Muar benar-benar mengamalkan kebersihan. Adakah kita akan lihat sampah sarap, kita tunggu dan lihat."
Dalam sambutan Maulidur Rasul kali ini Baginda yang berbaju Teluk Belanga Merah Jambu bersama-sama Menteri Besar Johor dan 80 kontijen yang terdiri daripada 1500 kakitangan agensi kerajaan diseluruh negeri dan pertubuhan bukan kerajaan berarak sejauh 2.6 kilometer bermula dari Bangunan Sultan Abu Bakar dan berakhir di Sekolah Tinggi Muar. Untuk majlis di Masjid Sultan Ibrahim pula, baginda mengenakan busana Baju Melayu Teluk Belanga bewarna Keemasan.

Makam Almarhum Sultan Ali Diambil Semasa Lawatan Syah Ke Melaka pada 26 - 27.12.2010. Kedudukan makam ini didalam kubah bewarna kuning bersegi lapan. Lokasinya ditepi jalanraya dalam kawasan Masjid Al Kauthar atau dikenali juga dengan panggilan Masjid Umbai di Kampung Umbai.

Daerah Muar bersempada dengan Melaka dengan keluasan 234.12km persegi dengan penduduk seramai 328,695orang mengikut bancian tahun 2000. Muar satu ketika dahulu merupakan sebuah kerajaan merdeka dan berdaulat yang pernah diperintah oleh Almarhum Sultan Ali pada 1855-1877 selepas penguasaan Johor kecuali Muar diserahkan kepada Dato' Temenggong Daing Ibrahim dibawah perjanjian diantara Britis di Singapura. Sultan Ali adalah pewaris kesultanan Johor tetapi disebabkan kelemahan baginda, Johor dapat dikuasai oleh Temenggong sehingga sekarang. Selepas kemangkatan baginda pada 1877, Muar menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani yang telah diberikan namanya oleh Maharaja Abu Bakar (kemudiannya bergelar Sultan Abu bakar) pada 1884. Dari segi pentadbirannya Muar merupakan Bandar kedua penting selepas Johor Baharu.

Sumber : UtusanOnline/Bernama/tengkusyah.blogspot.com

No comments: