Friday, February 10, 2012

Aktiviti Jumaat dan Kunci Stor Office


10.02.2012, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua pembaca tengkusyah.blogspot.com. Syah stil on MC dan berada di Rawang Residence dan pagi tadi approx jam 10:05hrs En Talib call tanya mengenai kunci store. Dipendekkan cerita Syah simpan kunci tu ditempat berkunci supaya tak semua orang boleh ambil kerana ada barang yang hilang sebelum nie tetapi masalahnya bila ada urgen matters nak ambil barang dalam tu dan Syah MC mereka tak boleh masuk. Itu yang dia pertikaikan kerana boss dia memerlukan sesuatu kat dalam tu dan nampak macam dia tak boleh buat kerja dengan baik. Tak apalah mungkin Syah akan letak kunci tu ditempat yang orang tertentu boleh ambil sahaja. Elok juga ikut cara terdahulu tu, kalau barang-barang kat dalam tu hilang, tak boleh nak pertikaikan Syah kerana bukan tanggungjawab Syah seorang sahaja kerana orang lainpun boleh access bilik tu. Nak buat macam mana kerana kunci tu special dan tak boleh buat pendua. Boleh tu boleh ............ tetapi prosesnya panjang tak dapat nak cerita kat sini. Maklumlah bangunan Menara TM nie kan cangih? Alah........... perkara kecil jer tu dan Syah tak terasa hatipun dengan En Talib tu, biasalah kalau bos Syah pertikaikan kerja Syah, mengelabah gakkan? Ahaks............... Itulah salah satu masalah ditempat kerja Syah, by the way kerja kalau tak ada masalah bukan kerjalah namanya kan?

Renovation Rawang Residence Syah berjalan lancar walaupun ada masalah sedikit sana situ, biasalahkan human error .......... Sekarang jam 10:18hrs dan ingatkan hendak beli kuih tadi tetapi gerai biasa tu tak jual hari nie dan yang ada gerai Indian jual kuih dan nasi lemak sahaja. So Syah makan Swiss Roll sahaja untuk alas perut kerana hendak ambil ubat. Sebenatar lagi jam 11:00hrs Syah akan ke Pekan Rawang untuk Solat Jumaat. Pelikan dengarnya keluar rumah jam 11:00 untuk solat Jumaat .............. Memanglah pelik kerana bas ke Rawang Residence nie sejam sekali tu yang kena keluar awal sedikit. Keluar jam 11:00hrs sampai Bandar hampir 11:30 hrs dan adalah masa ke Masjid jika keluar jam 12:00hrs dan sampai pekan mungkin selepas 12:30hrs itupun kalau jalan tak jem sebab waktu budak sekolah keluar. Nanti tergesa-gesa nak ke Masjid plak kerana Masjid agak jauh sedikit dari Pekan Rawang tu.

Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry .............................

No comments: