Saturday, February 18, 2012

Prince Johan Friso Kemalangan Akibat Runtuhan Salji

18.02.2012, Sabtu - Semalam Putera kedua HM Queen Beatrix dari Belanda dilaporkan mengalami kemalangan ketika bermain ski di Lech, Austria akibat runtuhan salji atau avalanche iaitu salji dan air batu mengelonsor dari pergunungan dengan membawa batu-batan bersamanya. Prince Johan Friso yang berusia 43 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil di unit rawatan rapi Innsburk University Hospital, Austria. Beliau dikatakan tertimbus dalam salji tebal selama 15-20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter. Kejadian berlaku waktu petang di Litzen-Zugertobel berhampiran Lech yang merupakan tempat yang sentiasa dikunjungi oleh kerabat diraja Belanda untuk cuti musim sejuk mereka semenjak 1950an lagi.

Semasa kejadian terdapat beberapa orang pemain ski bersama beliau tetapi kesemuanya terselamat kecuali Prince Johan Friso. HM Queen Beatrix dan isteri beliau, Mable Wisse Smet kini berada disisi Prince John Friso dihospital. Hospital dimana beliau berada telah diberi kawalan rapi dan pemberita/jurugambar tidak dibenarkan masuk. Bagi mereka yang rapat dengan keluarga diraja Belanda menyifatkan Prince Johan Friso sebagai seorang pemain ski yang berpengalaman dan seorang yang suka mengambil risiko. Beberapa tahun lepas beliau pernah ditahan kerana memandu dengan laju sejauh 200km/jam.

Akhir-akhir ini Austria diletakkan dibawah keadaan berjaga-jaga amaran salji runtuh peringkat ke-4 akibat salji lebat beberapa hari lalu. Dilaporkan hampir 12 orang terperangkapt dalam runtuhan salji pada Khamis dan Jumaat lepas. Seorang lelaki rakyat Sweden berusia 51 tahun terbunuh akibat salji runtuh pada Rabu lepas. Bersama-samalah kita mendoakan agar Prince Johan Fris0 dipanjangkan umur dan cepat sembuh.

Walaupun Prince Johan Frisio merupakan putera kepada HM Queen Beatrix , beliau telah dikeluarkan dalam senarai kerabat diraja dan pewaris tahta kerana perkahwinannya pada 2004 tidak mendapat restu Parlimen Belanda tetapi beliau masih menggunakan gelaran Prince of Orange-Nassau. Beliau merupakan Chif Financial Director Britain's URENCO group semenjak 2011 dan bertugas dengan bank pelaburan Goldman Sachs.

Sumber :- Royalty.nu


No comments: