Monday, February 20, 2012

Tan Sri Kamsiah Meninggal Dunia

20.02.2012, Isnin - Al-Fatihah ............. Petang semalam Bekas Yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI) Tan Sri Kamsiah bt Abdul Majid telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 90 tahun kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarhamah yang dimasukkan ke hospital semenjak dua minggu lepas akibat pembekuan darah ditanggan telah menghembuskan nafas terakhir jam 12:46hrs. Allahyarhamah meninggalkan seorang anak perempuan dan empat cucu lelaki. Jenazah Allahyarhamah sekarang berada di kediaman anaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama dan akan dikebumikan pagi ini sebelum waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Allahyarhamah merupakan seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan dan dilahirkan di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya Allahyarham Prof. Datuk Dr Ibrahim Yassin. Allahyarhamah juga merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW). Allahyarhamah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Alam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO).

Al-Fatihah ................ Semuga Roh Allahyarhamah Tan Sri Kamsiah bt Abdul Majid Di Tempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Solleh. Amin. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Kamsiah semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini dan kita telah kehilangan sebutir Permata Melayu yang dikagumi dan dihormati.

Salah seorang cucu Allahyarhamah, Sulaiman Idid (41 tahun) sedang menguruskan jenazah nenda tersayang di kediaman ibu beliau.

Sumber :- Bernama

No comments: