10.02.2012, Jumaat - Semalam Raja Muda Perak Darul Ridzuan DYTM Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mencemar duli melawat Kompleks Kumpulan Media Karangkraft di Shah Alam, Selangor. Keberangkatan tiba baginda dan rombongan pada jam 10:00hrs disambut oleh Pengarah Urusan Karangkraf Dato' Dr Hussamuddin Yaacub, Timbalan Pengerusi Karangkraft Mohd Nasir Hamzah dan Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Dato' Abd Jalil Ali dan 500 warga Karangkraf. Semasa berangkat tiba, baginda dan rombongan telah diperdengarkan dengan lagu "Karangkraft Bersatu" oleh kumpulan kior Karangkraft.
Baginda dan rombongan kemudiannya diberi taklimat selama 30minit oleh Pengarah Eksekutif Grup Digital Karangkraf Syamil Fahim Mohamed Fahim mengenai operasi Karangkraf berhubung operasi anak syarikatnya Grup Sinar, Grup Majalah, Grup Percetakan Ultimate, Grup Buku dan Grup Digital. Kemudiannya baginda dan rombongan dibawa ke Karangkraf Mall untuk meninjau Grup Majalah, Grup Sinar dan Kilang Percetakan. Baginda memberi pujian atas keupayaan Karangkraf mengaplikasikan teknologi terkini mesin Hi-Line yang digunakan oleh Sinar Harian untuk mencetak 500 naskah dalam tempoh kurang seminit.
Sebelum mengakhiri lawatan, baginda telah diberikan penghormatan menekan butang mula untuk mencetak sisipan Edisi Khas sempena kunjungan peribadi baginda. Sebelum berangkat pulang, baginda bertitah "Beta mendoakan semuga syarikat ini bertambah maju"
Sumber :- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment