Thursday, June 30, 2011

Balik Rawang Naik Komuter

Beginilah Keadaan dalam Komuter Yang Syah Ambil Petang Tadi Apabila Tiba Waktu Peak Hours.

30.06.2011, Khamis - Hari nie Syah balik ke Rawang naik Komuter dan malas nak guna Shuttle plak. Sampai jer Stesyen KTM KL Sentral komuter sudah jalan bak kata orang putih mata tengok train tu. Heheheh........... So kena tunggu next Komuter yang sampai jam 18:20hrs. Biasalah waktu peak hours macam gambar kat atas tulah berhimpit-himpit dan tersepit dicelahan orang ramai. Maki hamun dah jadi perkara biasa. Nasib hari nie agak baik macam semalam kerana sampai jer KTM Segambut orang yang duduk depan Syah keluar dan lega dapat duduk sambil mendengar lagu dihandphone. Sampai Rawang jam 19:15 hrs dan Syah terus ke 7E tunggu bas.

Bas tak ada lagi rupannya dan hampir jam 19:20hrs baru bas sampai. Sampai Rawang Residence selepas Maghrib. On the way balik Syah tolong tutupkan tong sampah Azrin kerana hari nie ada kutipan sampah dan Azrin and family tak ada dirumah dan stay di rumah Firdaus kerana Fikri warded accident hari Sabtu lepas. Lepas solat Syah ke pasar Malam dan beli RM22.00 kuaci putih yang Syah akan bawa separuh daripadanya ke KL Residence nanti coz Muss dan Cd memang suka kuaci putih tu. Sekarang jam 23:55hrs ................ Selamat Malam Semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Tuanku Mizan Kurniakan Darjah JSM Kepada Norman KRU

Norman KRU Menerima JSM daripada Tuanku Mizan di Istana Negara - Gambar dari Bernama

30.06.2011, Khamis - Hari in KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mengurniakan Darjah Johan Setia Mahkota kepada Norman bin Abdul Halim yang merupakan Presiden Eksekutif KRU Studios dan juga merupakan seorang artis terkenal Malaysia. Darjah ini tidak membawa apa-apa gelaran. Tuanku Mizan telah berkenan menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Persekutuan yang diadakan di Istana Negara hari ini.

Darjah Johan Setia Mahkota (JSM)

Dalam Istiadat hari ini Tuanku telah berkenaan mengurniakan 243 anugerah Darjah Kebesaran Persekutuan tahun 2011 sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong iaitu lima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM), satu Panglima Setia Mahkota (Kehormat), enam Panglima Jasa Negara (PJN), dua PJN (Kehormat), tiga Panglima Setia Diraja (PSD), lapan Johan Setia Diraja (JSD), 61 Kesatria Mangku Negara (KMN), empat Kesatria Setia Diraja (KSD), 53 Ahli Mangku Negara (AMN), 60 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 12 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD). Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran Persekutuan bagi tahun 2011.

Pagi Khamis

30.06.2011, Khamis - Hari nie dari Rawang Residence. Balik semalam nampak macam ada tahi anjing depan rumah dan Syah buangkan menggunakan cangkul, sedikit jer. Tak tahu anjing jiran yang mana satu tetapi jiran india lat satu rumah dari rumah Syah ada dua ekor anak anjing baru nampaknya dan pagi tadi menyalak Syah dan Syah halau dan dia lari. Biasalah dan berjiran dengan bangsa lain faham-faham jerlah, 1 Malaysiakan? Asalkan jangan menggangu kita sudahlah.

Syah bangun pagi tadi jam 05:30hrs dan cepat-cepat bersiap kerana dah terlambat kerana biasanya target jam 05:00hrs. Semuanya kena buat dengan cepat tetapi sempat bercukur lagi. Jam 06:25hrs Syah terus keluar rumah tunggu bas depan jalan. Arip tak ada nampaknya mungkin mereka berkampung di rumah Firdaus sebab Fikri masuk hospital. Bas lewat 5 - 10 minit cam tu, hari nie bas terpaksa guna jalan lain kerana lorong biasa tu ada orang letak khemah. So bas tak boleh masuk.

Disebabkan bas tukar laluan banyak yang tercicir dan mana yang sempat akan berlari kejar bas. Kondaktor bas pula membebel kata dah tahu jalan tutup tunggulah bas kat depan. Pertama berlari Syah tengok "Budak Joyah" tu - Kanak-kanak perempuan darjah 5 yang very talkative berlari-lari anak sejauh 50 meter ada rasanya. Bila naik bas dia jelir lidah tanda kepenatan, Sian dia. Hehehheh dan hari nie tak dengar pula suaranya mungkin penat berlari kot.

Sampai KTM Syah nampak ada ramai penumpang keluar stesyen dan itu tandanya keratapi baru smpai dan Syah cepat-cepat berlari walaupun kaki agak sakit untuk masuk station dan naik keretapi tu. Dapat duduk hari nie dan sampai KL Sentral jam 08:00hrs dan kira sampai office sebelum 08:30hrslah. Hari nie memang kerja banyak gila sebab last day submission of Accrual for the month of june 2011. ok Syah nak kejar masa nie dan terpaksa tundakan fisio Syah ke hari esok. Sehingga berjumpa lagi dilain entry

Harta Karun DiJumpai Dalam Stor Istana Hanuman Dhoka

Hanuman Dhoka Palace, Kathmandu, Nepal

30.06.2011, Khamis - Kerajaan Nepal pada Selasa lepas bersamaan 27.06.2011 memaklumkan bahawa para pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bekas Istana Rasmi Raja Nepal, Hanuman Dhoka Palace telah menjumpai sejumlah besar barang-barang perhiasan dan duit siling yang diperbuat daripada emas dan perak. Sebanyak tiga peti harta karun telah dijumpai dalam keadaan berselerak didalam salah sebuah stor di Istana yang dibina pada abad ke-16 itu. Istana ini telah diwartakan sebagai salah satu Warisan Dunia UNESCO. Berat barangan yang dijumpai itu dipercayai seberat 300 kilogram.

Istana Hanuman Dhoka ini dibina oleh Pemerintah Malla yang yang telah dikalahkan oleh Prithvi Narayan Shah, Pengasas Kerajaan Nepal pada 1768. Namanya diambil sempena nama Hanuman yang merupakan Dewa Monyet Agama Hindu. Sebelum sistem beraja dimansuhkan pada 2008 lepas oleh pemberontak maiost , Istana ini merupakan Istana rasmi Raja Nepal dan tempat pertabalan raja-raja Nepal. Proses ubahsuai bermula pada April lepas dan dijangka berakhir September ini. Kini Istana ini dijadikan Muzium.

Buat masa ini hanya sebuah peti sahaja yang telah dibuka. Duit siling dan perhiasan yang dijumpai ini dipercayai merupakan persembahan kepada dewa-dewa dan dewi-dewi agama Hindu. Mengikut nilai pasaran sekarang harta karun ini dianggarkan bernilai 17.5 Juta Rupee. Dua buah peti harta karun yang dijumpai akan dibuka dalam minggu ini. Raja terakhir Nepal, King Gyanendra dan keluarganya telah meninggalkan Istana ini selepas kerajaan beraja dimansuhkan. Gyanendra menaiki tahta Nepal berikutan kemangkatan kekandannya dan kerbat Diraja lain dalam trajedi amuk Putera Mahkota Dipendra pada 2001 yang menembak sembilan orang kerabat diraja termasuk Raja dan Permaisuri Nepal, King Birendra dan Queen Aishwari sebelum menembak dirinya sendiri.

Wednesday, June 29, 2011

Melawat Nadia di Ampang Puteri

Syah, Kak Long Fadzilah dan Nadia

29.06.2011, Rabu - Petang semalam Syah tak jadi balik Rawang dan sebelum balik ke KL Residence call Muss dan Muss inform Nadia, anak Kak Ngah Faziah kena Demam Campak dan dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Dari office Syah turun di LRT Wangsa Maju dan Kak Long Fadzilah fetch Syah untuk ke rumahnya di Wizuri kerana Cd hendak pinjam kereta kerana Muss outstation hari ini. Dari Wizuri kami ke Ampang Puteri dan sampai hampir jam 20:00hrs. Syah dan Muss masuk dulu kemudian diikuti oleh Kak Long. Anak-anak Kak Long tidak dibenarkan masuk kerana kanak-kanak dan ibu mengandung dilarang masuk dan sesiapa yang masukpun dikehendaki memakai topeng mulut dan sarung tangan supaya tidak berjangkit. Syah dan Muss selamba jer masuk dan bila Kak Long masuk dia suruh pakai topeng dan sarung tangan baru Syah perasan coz kat pintu masukpun ada diberitahu. Heheheh ........

Kenduri ke apa nie haaaaaaaaaaa? Kuang, Kuang Kuang

Ramai yang datang melawat dan kami berkumpul ditempat menunggu. Biasalah kalau dah ramai-ramai mestilah bising sedikit dan orang lalu lalang tengok jer........ hehhehehe. Kami semua bergerak dari Ampang Puteri hampir jam 22:30hrs dan Muss ajak makan. Actually hari nie Muss akan jumpa doktor sebelum outstation ke Kota Tinggi. Syah kata tak apa ker dia nak makan kerana katannya esok nak ambil darah dan sepatutnya kena puasa selepas jam 22:00hrs dan Muss kata tak mengapa nanti dia leawatkan sedikit masa jumpa doktor. Muss belanja Syah dan Cd.

Syah makan Meehon Tomyam dan Lai Chee Kang Panas. Mus Kerang Bakar, Nasi Goreng Cendawan, Telur Dadar dan Jus Tembikai manakala Cd pula ABC, Kerang Rebus, Nasi Putih dan Sup Tulang. Kami juga order sepinggan Keropok Ikan sementara menunggu pesanan kami disiapkan. Lepas makan kami balik ke KL Residence dan Syah Mandi serta solat dan kemudiannya ingat hendak update blog tetapi letih dan terus tertidur depan TV dalam bilik Syah dan sedar-sedar jam 06:00hrs baru Syah terbangun dari tidur.

Tuesday, June 28, 2011

Pelamin Untuk Majlis Pertunangan

28.06.2011, Selasa - Syah hendak berkongsi dengan anda semua mengenai Pelamin Majlis Pertunangan yang disediakan oleh Issyaz Wedding Enterprise di Klang pada hari sabtu lepas. Pelamin ini dihiasi degan bunga-bunga segar iaitu bunga rose, pompom, muria, epal hijau dan casalabianca. Caj yang dikenakan adalah RM900.00 (termasuk pengankutan ke Klang). Jika anda berminat untuk merealisasikan impian Majlis Pertunangan anda menjadi satu kenyataan, kami mengalu-alukan anda untuk membuat sebarang pertanyaan di Issyaz Wedding Enterprse di talian 013 435 9383 (Isz) atau 019 260 5077 (Syaz) atau datang sendiri ke No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.

Pemangku Raja Perak Rasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah

Kelihatan Pemangku Raja Perak meletakkan keris sebagai gimik perasmian Bangunan Mahkamah Syariah Tapah. Disebelah baginda adalah Dato' Ramly Zahari - Gambar dari Bernama.

28.06.2011, Selasa - Hari ini Pemangku Raja Perak, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan merasmikan Bangunan Mahkamah Syariah Tapah. Majlis yang diadakan di perkarangan Mahkamah Syariah Tapah ini sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan ke-83 Sultan Perak. Uniknya bangunan dua tingkat yang siap sepenuhnya pada 29.03.2010 ini adalah kerana konsep dan idea luaran bangunan ini menyerupai Istana Kuning, Bukit Chandan.

Selepas merasmikan bangunan berkenaan, baginda telah berkenaan pula mencemar duli merasmikan Dewan Bicara Mahkamah pula. Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Raja Muda Musa, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Dato' Muhamad Asri Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Negeri Perak, Dato' Ramly Zahari.

Hampeh ..............Pagi-Pagi Lagi Dah Kena Pau, Hehehehe

28.06.2011, Selasa - Pagi nie Cd balik jam 06:00hrs dan waktu tu Syah diruang tamu kerana tertidur sambil menonton. Pagi tadi sms Arip inform Syah ada di KL kerana biasanya kami pergi kerja sama-sama tetapi dia tak replypun sms Syah. Mungkin dia ada di rumah Firdaus sebab parents Azrin jaga Fikri di HUKM dan stay rumah Firdaus. Tak tahulah Syah, apa-apa jer lah. Selepas Syah, Cd dan Muss bersiap, kami pergi kerja sama-sama dan Muss yang memandu. Muss dropkan Syah di LRT Wangsa Maju. Tiba-tiba Syah terpandang ada dua buah bangku plastik di penghadang jalan. Syah rasa mesti ada orang letak supaya senang nak melintas. Tekaan Syah betul kerana tak lama selepas tu ada seorang pelajar sekolah menengah berbangsa India melangkah penghadang berkenaan dengan memanjat kerusi tu untuk menyeberang jalan. Syah tak sempat ambil gambar budak tu memanjat pembahagi jalan tu. Sebenarnya jejantas ada disediakan tetapi biasalah manusia niekan ada sahaja idea nak cari jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah.

Masa Syah ambil gambar pembahagi jalan tu ada seorang budak lelaki Melayu sekolah rendah tersenyum tengok Syah. Syah tanya sekolah ker dan dia jawap yer............. Tiba-tiba dia kata kat Syah "Nak pergi sekolah tetapi duit tertinggal kat rumah, duit ada tapi tak cukup nak beli sarapan" sambil naik tangga dia tunjukkan duit RM1.00 kat Syah dalam hati kata mesti budak nie nak mintak duit dan Syah senyum dan buat tak tahu jer. Dalam hati nak bagi ker tak lalu Syah seluk poket dan hanya ada limapuluh sen sahaja dan terus Syah cakap kat budak tu " Nah ambik nie jer yang ada" . Dia senyum dan ambil duit tu dan Syah terus jalan takut nanti apatah lagi yang dia nak coz Syah nie cepat simpati dan kesian kat orang.

Sampai office jam 08:00hrs dan jam 09:00hrs Syah ada fisio. Sampai jer kelinik staff fisio tak datang lagi. Adalah 20minit menunggu tiba-tiba datang dua orang staff perempuan dan minta maaf kerana lambat coz jalan jem, katannya. Selepas buat fisio Syah singgah ke Aras 12, Bahagian Akaun untuk check payment Koleksi Desa Kreatif Sdn Bhd yang vendor tu complain tak dapat dan ada error pada E-Invoicing dan ada notes - reject by customer. Kena soundlah Syah sket kat orang akaun pasal Syah tanya payment nie tetapi biasalah buat baik jer ngan mereka. kata mereka sepatutnya vendor boleh semak sendiri dalam melalui sistem. rupa-rupanya DO vendor tak di verify by TM Personnel. Patulah reject dan bila sampai office Syah call vendor dan inform perkara nie dan dia kata ye lahh tak ada chop coz En Saiful minta orang datang ambil invoice dari dia dan orang tu tak bawa cop. Adoi........... vendor-vendor macam-macam hal. Kenalah kita tolong mereka kalau tak nanti kata tak responsif pula kan?. ........... hemmmmm

Monday, June 27, 2011

Mizi Datang KL Residence

Gambar lama Mizi semasa datang KL Residence Raya 2010. Tadi tak sempat nak ambil gambar dia terlupa.... hehehehhe

27.06.2011, Isnin - Jam 22:00hrs tadi Mizi kawan Syah datang rumah. Dah lama tak jumpa dia dan nampak agak berisi sedikit. Adalah 40 minit dia di KL Residence. Hari nie Syah tak kerja dan Petang tadi Syah ke Wangsa Maju selepas solat Asar. Syah jalan kaki je dan ambil masa 45 minit. Malas nak naik LRT atau Teksi coz dah lama tak exercise. Lutut Syah pula rasa sakit sedikit mungkin jauh jalan kot. Selepas pusing-pusing JJ Wangsa Maju Syah ambil suppliment lutut dan makan roti. Lepas tu Sah jalan kaki ke gerai Tom Yam on the way balik Ke KL Residence.

Tiba-tiba nampak ada pasar malam dan jalan-jalan kat pasar malam jap baru ke gerai tom yam tu. Syah makan nasi putih, tom yam ayam dan telur dadar. Syah tak order minum sebab dah banyak minum kat pasar malam tadi. Lepas makan Syah balik jalan kaki dan sampai rumah selepas Maghrib. Sambil mentenet Syah sms Mizi dan invite dia datang rumah dan katannya akan sampai before 22:00hrs. Jam 22:10hrs dia SMS inform ada kat luar dan Syah jemput dia masuk. Jam 12 malam tadi nampak Cd bawa selimut dan Syah tanya nak kemana. katannya esok ada pembukaan kedai 7E baru dan dia nak tolong kerja-kerja untuk perasmian esok. Katannya nak tidur kat kedai tu dan balik jam 06:00hrs nanti. Kalau takpun katannya jam 04:00hrs nanti dia baliklah. Tak pasti lagi katannya.

Tuanku Nur Zahirah Melawat Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah

Tuanku Nur Zahirah dan Toh Puan Norkiah melawat Yayasan Tuanku Nur Zahirah - Gambar dari Bernama

27.06.2011, Isnin - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berada di Kucing, Sarawak telah berkenaan meluangkan masa selama 45 minit melawat Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah. Baginda telah diberikan taklimat oleh Pengarah Pengeluaran dan Rekaan Tekstil, Dr June Ngo Siong Kheng mengenai rekaan, tenunan serta koleksi terkini songket dan songtik. Turut mengiringi baginda dalam lawatan ini adalah Isteri Kepada YTY Yang Dipertua Negeri Sarawak, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah dan isteri Ketua Menteri Sarawak Puan Seri Ragad Kurdi Taib serta tetamu-tetamu kenamaan lainya

Yayasan ini ditubuhkan pada 2007 dan dinaungi oleh Raja Permaisuri Agong, bermatlamat mengekal serta meningkatkan kraft dan warisan asli dengan memperbaiki taraf hidup tukang, penenun dan pekerja mahir dalam bidang berkenaan. Yayasan ini juga memperkenalkan inovasi penghasilan songket kontemporari serta merevolusikan penggunaannya. Iannya juga membiayai dan mengambil inisiatif melakukan penyelidikan dan pembangunan songket dengan bantuan pakar tekstil Dr Ngo. Hasilnya sejenis songket yang unik dan menakjubkan telah dicipta yang mana ianya lebih ringan dan lembut serta tahan lasak untuk rekaan dalaman serta produk hiasan rumah.

Yayasan juga telah menubuhkan dua pusat pengeluaran iaitu di Kuala Terengganu dan Kuching dibawah seliaan Dr Ngo. Dr Ngo yang juga merupakan Timbalan Dekan (Lepasan Ijazah dan Penyelidikan) Fakulti Seni Gunaan da Kreatif Universiti Malaysia Sarawak memaklumkan kepada Bernama bahawa Pusat Pengeluaran di Kuching ditubuhkan pada Ogos 2008 dan sekarang terdapat 15 penenun sepenuh masa yang berusia dalam lingkungan 19 dan 31 tahun dan telah berupaya mewujudkan pekerjaan tetap kepada mereka selain menjadikan aktiviti menenun songket sebagai kerjaya menarik dan berdaya maju bagi golongan muda. Menurut beliau penenun boleh memperolehi pendapatan diantara RM1,600.00 hingga RM2,000.00 sebulan.

Jualan Lelong Pakaian Mendiang Princess Diana di Toranto

£510,00: Designed by Victor Edelstein.
£216,00: Designed by Catherine Walker. Lilac wild silk gown with bolero jacket was designed for Diana's State Tour of India in 1992

£159,000: Designed by Catherine Walker. Cream silk crepe. Worn for Mario Testino Vanity Fair shoot

£121,000: Designed by Catherine Walker Grey silk crepe with pearls. Also worn for Vanity Fair shoot

£70,000: Designed by Zandra Rhodes An Edwardian-style silk chiffon evening dress with glass beads

£83,000: Designed by Catherine Walker Turquoise sequinned dress. Worn on 1993 visit to Vienna

£108,000: Designed by Catherine Walker Nautical-style navy silk. Often worn on Royal Yacht Britannia

£89,000: Designed by Catherine Walker Silk and velvet tartan. Worn to 1991 ball for the Royal Marsden

£134,000: Designed by Catherine Walker red velvet dress with tailcoat. Worn on 1992 state visit to Korea

£89,000: Designed by Catherine Walker Low back crushed red velvet. Worn to 1985 film première

£115,000: Designed by Catherine Walker One-sleeved gown ivory satin. Worn on visit to Brazil in 1991

£134,000: Designed by Catherine Walker Halter-neck black silk. Worn at Versailles in 1994

£102,000: Designed by Bruce Oldfield Dramatic black velvet. Worn to Les Misérables première in 1985


£89,000: Designed by Victor Edelstein Green velvet. Worn at private Kensington Palace parties


27.06.2011, Isnin - Pakaian yang digayakan oleh Mendiang Princess Diana,Princess of Wales ini telah pakai oleh Mendiang sewatu menari dengan John Travolta di White House dalam satu majlis yang dihoskan oleh Presiden Ronald Reagan pada tahun 1985. Ini merupakan lawatan rasmi negara pertama mendiang dan Suaminya Prince Charles ke Amerika. Dengan memakai Dress ciptaan Victor Edelstein ini dan menari dengan Bintang terkenal Saturday Nite Fever telah menaikkan nama Diana buat pertama kalinya sebagai Ikon Fesyen Dunia Global. Sejajar dengan keistemewaan dan sejarah yang dimiliki oleh Gaun Malam ini, pada 23.06.2011 lepas iannya telah dijual dengan harga paling tinggi iaitu 510,000.00 pound dalam satu majlis lelongan bersama-sama 14 pakaian Princess Diana dalam satu Majlis Lelongan di Toronto's Design Exchange.
Maureen Rorech Dunkel Pemilik Gaun sebelum ini

Harga Gaun ini merupakan yang tetrtinggi diantara pakaian-pakaian yang dilelong pada hari berkenaan. Sebenarnya baju ini telah dijual kepada seorang rakyat Amerika, Maureen Rorech Dunkel yang membelinya dengan harga 420,000.00 pound dalam satu lelongan yang dianjurkan oleh Christie's pada Jun 1997 iaitu dua bulan sebelum kemangkatan Princess Diana. Princess Diana pada masa itu dalam proses mengumpul dana bagi program kebajikan beliau membantu mangsa-mangsa Aids dan Kanser. Baju ini juga dikenali sebagai "Tralvota Dress" dan diperbuat daripada Baldu Bewarna Biru Malam. Dunkel yang merupakan seorang Usahawan dari Florida telah diistiharkan bangkrup pada tahun lepas dilihat dalam keadaan sedih dan penuh emosi meninggalkan bilik lelongan sebelum majlis lelongan bermula.

Resipi Nasi Goreng Ejon

27.06.2011, Isnin - Semalam untuk breakfast Syah bikin nasi goreng. Nasi goreng bias jer tetapi Syah namakan Nasi Goreng Ejon sebab Bonda Saudara Syah Bonda Maizon selalu buat nasi goreng nie masa Syah kecil dan remaja dahulu. Selain daripada Almarhum Nenda Ahmad Al-Haj dan Almarhumah Maharum Al-Hajjah yang membela dan membesarkan Syah, Bonda Ejon juga bersama-sama membesar dan menjaga Syah di Kampung. Syah membesar dengan anak-anak Bonda Ejon sekali. Bagi Syah memang sedap nasi goreng nie, tetapi bila balik kampung sekarang nie Bonda Ejon dah tak masak lagi kerana sudah tua dan tugas tu diambil oleh anak perempuannya Kak Ngah Normah yang tinggal bersama Ejon sekarang ini. Nasi goreng nie simple sahaja dan menggunakan bahan-bahan yang mudah kita dapati didapur. Sesuai untuk orang bujang atau keluarga yang ramai dan kesuntukan masa untuk menghidangkan menu yang berat-berat. Jom Syah nak kongsi bersama dengan anda resipi nasi goreng nie .............jom


Bahan-bahannya muda jer anda kena ada :-
Ikan Bilis, Cili Api, Kacang Panjang, Bawang Putih & Merah, Telur Ayam, Garam, Aji No Moto, Minyak Masak dan mestlah Nasi Putih. Kalau tak ada kacang panjang anda boleh gunakan kobis dan kalau tak hendak letakkan sayuranpun tak mengapa ikut kesukaan anda. Kalau anda tak ada ikan bilis boleh juga gunakan lebihan ikan goreng yang tak habis kita makan tetapi kena berhati-hati kerana anda terpaksa buangkan dahulu tulangnya dan ambil isinya sahaja.


Penyediaan :-
Bawang Merah dan Putih dimayang, Bersihkan Cili Api serta Ikan Bilis dan ketepikan, Kacang Panjang dipotong kecil-kecil. Tumbuk Cili Api sehingga lumat. Syah akan tumbuk lumat cili tu dan hancurkan bijinya sekali tetapi terpulang kepada anda kerana ada yang suka ditumbuk begitu sahaja dan nampak bijinya kerana kerja senang sket. Tapi hati-hati tumbuk cili api kerana jika tersilap langkah bijinya akan masuk kedalam mata dan boleh tahan jugalah sedapnya rasa pedas tu kat mata......... Nangis gua cakap lu............. heheheh. Setelah tumbuk Cili Api tu hingga lumat masukan bawang dan ikan bilis dan tumbuk sekali bersama-sama cili api tadi sedikit demi sedikit. Jangan masukkan sekali nanti bertarabur bahan-bahan tu dan susah nak tumbuk. Bawang dan ikan bilis tu janganlah tumbuk sampai lumat yer agak-agak jer bagi hancur sedikit.


Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga garing. Masukkan Nasi Putih dan kacau hingga bahan-bahan tadi sebati dan mesra dengan nasi tadi. Cakap pasal nasi nie seelok-eloknya gunakan nasi yang telah ditanak (masak) awal. Contohnya kalau nak buat breakfast, tanak nasi pada sebelah malamnya dan terpulang kepada anda nak letakkannya diluar atau masukkan dalam peti sejuk. Zaman dulu biasanya orang buat nasi goreng nie jika ada lebihan nasi makan malam yang tak habis. Tetapi sekarang orang makan nasi goreng tak kira waktu sebab zaman dah berubahkan. Kalau kita ke Kelantan/Terengganu pagi-pagi buta lagi mereka jual satay tapi kalau kat KL Malam jer yer, tulah lain tempat lain caranya.


Kacau rata nasi tadi dan buat lubang diengah-tengah kuali macam lubang gunung berapi tu. Masukkan telur ayam, terpulang nak masukkan telur terus dalam kuali atau anda boleh pecahkan dulu dalam mangkuk dan pukul telur tu. Biarkan seketika dan kacau telur tadi hingga pekat dan gaulkan dengan nasi tadi. Mula-mula nasi akan nampak berlendir kerana digaul dengan telur tu tetapi terus kacau hingga telur tu masak dan iannya akan kering. Jangan risau yer. Bila telur dan nasi yang bergaul tadi tu dah masak dan nampak kering, taburkan Garam dan Aji No Moto ikut citarasa anda. Tak mahu letak Ajipun tak apa. Gaul hingga garam dan aji tu mesra dengan nasi dan masukkan Kacang Panjang tadai dan gaul seketika dan padamkan api. Kalau letak kobis biasanya Syah masukkan awal selepas kita menumis tadi.

Syah suka letakkan garam kemudian daripada masukkan semasa menumis kerana dengan cara ini kita boleh pastikan garam secukupnya untuk nasi kita dan kalau terkurang boleh tambah lagi. Kalau dimasukkan masa menumis tadi, jika terlebih garam hemmm susahlah melainkan jika kita ada nasi extra untuk hilangkan masinnya kalau tak terpaksalah cakap kat tetamu atau family kita "Nasi ni termasi Sket Ya" kan???????????. Bila sudah masak hidangkan ikut citarasa kita sendiri. Macam pagi semalam Syah buat Telur Mata Separuh Masak untuk Arepiz manakala untuk Muss, Cd dan Syah Telur Dadar. Tujuan Syah letak kacang panjang tu supaya ada sayuran dalamnya dan bila kita makan kacang tadi akan rasa rangup dalam mulut kita bila mengunyah. Kadangkala Syah juga suka gaulkan Kacang Goreng dan Ikan Bilis Goreng dalam Nasi Goreng nie. Bak kata orang ikut kesesuai apa yang kita suka. By the way Nasi Goreng nie lebih sedap jika ianya dibuat pedas sedikit.


Nasi goreng nie boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja tak mengira waktu sebagai breakfast, lunch atau dinner. Kalau nak sedap lagi untuk lunch dan dinner anda boleh buat paprik ayam/daging/seafood ataupun ayam goreng berempah untuk dimakan bersama-sama nasi goreng nie. Tak payah nak ke gerai tomyam kerana boleh DIY sendiri. Makan kat luar memanglah menjimatkan masa dan tenaga tetapi dari segi kebersihannya kita sendiri tak boleh nak diramalkan? Kadangkala kat luar restoran canggih tapi kat dalam dapurnya menyedihkan ....yang ado....... tapi tak semua kedai lah macam tu. Kalau rasa kedai tu bersih on jer kalau tak cari tempat lain bak kata orang dahulu kala "Tepuk Dada Tanya Selera". Kalau masak sendiri lagi bagus, Selamat Mencuba Nasi Goreng Ejon.

Sunday, June 26, 2011

Makan-Makan DiRumah Ayu

26.06.201, Ahad - Balik dari melawat Fikri di HUKM kami terus ke Rumah Ayu di Pandan Indah kerana dia buat makan-makan. Masa sampai Kak Long Fadhilah dan Kak Ngah Faziah dan Mas serta keluarga masing-masing telah ada. Memang perutpun sedang lapar masa tu bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Macam-Macam ada, Nasi Putih, Ikan Goreng, Sambal Belacan, Sayur, Kari Ayam, Telur Dadar, Mee Goreng, Tembikai, Kacang Goreng dan Coklat serta lain-lain makanan. Selepas Maghhrib kami semua balik ke rumah masing-masing. Thanx Ayu ............... Memang best makan tadi. Sekarang jam 20:50hrs dan Syah nak mandi jap dan lepas tu tidur coz esok nak kerja. Cuti hujung minggu kali nie penuh dengan pelbagai aktiviti.....................

Syah, Muss dan Cd Melawat Fikri di HUKM

26.06.2011, Ahad - Petang tadi Syah melawat Fikri, Adik Azrin yang kemalangan awal pagi tadi di area Sungai Besi. Sampai HUKM approx 16:30hrs dan hujan lebat giler serta Syah call Azrin dan macam biasa Arip yang angkat. Arip inform Syah Fikri ada di Wad 5H. Fuhhhhhh........... berpusing-pusing jalannya dan akhirnya sampai juga Syah, Muss dan Cd. Masa Syah sampai Syah nampak Azura di katil sebelah Fikri. Rupa-rupanya pagi tadi Fikri yang bawa motor dan Azura (Kakak Iparnya) membonceng. Syah lihat tangan Azura melecet teruk dan kesan luka tu berair. Ingatkan dia ditahan diwad yang sama, itu yang Syah heran tu tetapi katanya dia out patient dan baring kat katil kosong seblah Fikri tu. Masa tu ada anak dia Amsyar, suaminya Firdaus, dan tiga orang kawan Fikri termasuk salah seorangnya GF Fikri. Syah tanya macam mana kejadian tu berlaku pada Azura. Menurut Azura pagi tadi mereka ke Downtown Cheras. Masa pergi tu Asura, Amsyar dan Fikri satu motor manakala Mak Cik dan Firdaus naik motor yang lain. Mereka tak naik kereta kerana tak ramai yang pergi. Apabila balik anaknya Amsyar ikut motor Makcik dan Firdaus manakala Fikri bawa Azura. Sampai satu kawasan landai tiba-tiba motor mereka hilang kawalan. Kedua-dua mereka terjatuh diatas jalanraya. Fikri, Azura dan motor motor mereka tertiarap atas jalan. Asura cuma luka-luka dibahagian tangannya mungkin terseret diatas jalan raya. Walau bagaimanapun Fikri cedera agak teruk tetapi boleh bangun selepas kemalangan tu kata Azura. Menurut doktor dagu Fikri Patah dan Rangnya Retak, Bahagian bibirnya terpaksa dijahit kerana tersagat diatas jalan raya dan terdapt kesan lubang disebelah dalamn bibirnya manakala empat batang gigi Fikri Patah. Rabu ini akan diadakan operation meletkkan plate didagu Fikri. Syah lihat kedua-dua tangannya dan lutut kanan Fikri luka. Fikri boleh bercakap tetapi pertuturannya tak berapa jelas kerana tak boleh gerakkan sangat rahangnya. Makanpun kena makan makanan yang lembut dan menggunakan straw.Nasib baik waktu balik Amsyar tak naik motor dengan Asyura dan Fikri, jika tidak tak tahulah apa akan terjadi. Itulah takdir yang ditentukan oleh Allah SWT, kalau perkara dah nak jadi iannya tetap akan berlaku juga. Walau bagaimanapun Shukur Alhamdulillah semuannya selamat. Menurut Azura tayar depan motor yang mereka naiki tu bocor dan motor tu motor baru. Masa kejadian berlaku mereka bawa motor perlahan dan untung kenderaan tak banyak kalau tak tak tahu apa akan jadi. Masa kemalangan Firdaus, Mak Cik dan Amsyar berada dihadapan dan mereka tak perasaan kejadia nie sehingga Azura call suaminya dan mereka berpatah balik ke tempat kejadian. Syah doakan agar Fikri dan Azura cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka..

Fikri Kemalangan

26.06.2011, Ahad - Pagi tadi Syah baru perasaan ada SMS daripada Azrin. SMS ini dihantar pagi tadi jam 05:48hrs katanya .

"Salam. Nak inform fikri accident jatuh motor dekat area Sungai Besi. Sekarang dia mask HUKM maybe kena tahan Wad. Hari Rabu kena operate. Tulang dagu patah dan rahang retak."

Fikri nie adik bongsu Azrin dan sedang menuntut di UiTM Melaka. Sepengatahuan Syah, biasanya Fikri jarang naik motor mungkin dia tumpang kawan kot. Petang nie Syah ajak Cd dan Muss ke HUKM untuk melawat Fikri. Pagi tadi Syah sms Azrin dan katannya kalau nak datang call sebab tak tahu dia dimasukkan ke wad mana. Mungkin dia masih di Emergency Ward pagi tadi agaknya. Apa-apapun nanti Syah update news mengenai Fikri nanti.

Syah doakan agar Fikri cepat sembuh dan tabah menghadapi dugaan ini. Sabar yer Fikri...............

Tuanku Mizan Rasmikan Kelab Kuda Lasak Al-Khamsa

26.06.2011, Ahad - Semalam KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan merasmikan Kelab Kuda Lasak Al-Khamsa. Perasmian dilakukan lebih kurang jam 09:10hrs di kelab berkenaan yang terletak di Taman Perbandaran Pulau Pinang. Turut serta adalah TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Punang dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Tuanku sempat meluangkan masa selama sejam melawat kandang kuda dan menyaksikan pertunjukan kuda. Kemudiannya Tuanku telah berangkat ke Bukit Bendera dan menaiki keretapi ke puncak Bukit Bendera untuk menikmati pemandangan indah Bandar Georgetown dan persekitarannya bersama-sama KDYMM Raja Permaisuri Agong yang sediada menunggu baginda di Bukit Bendera.Turut bersama-sama adalah TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri serta YAB Ketua Menteri Pulau Pinang dan Isteri. Kemudiannya diadakan Majlis Santapan Tengahari di kediaman rasmi TYT Yang dipertua Negeri Pulau Pinang di Seri Mutiara.

Raja Muda Perlis Berjumpa Pelajar-Pelajar Perlis di Bandung

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan kepada p0elajar-pelajar Perlis di Bandung - Gambar dari Bernama

26.06.2011, Ahad - Hari ini Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang kini berada di Bandung telah berkenaan mencemar duli berjumpa dengan pelajar-pelajar Perlis di Bandung dalam satu Majlis Penyampaian Sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra yang diadakan di Novotel Bandung. Turut hadir adalah DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato' Azizan Hamid. Tuanku dan rombongan berada di Bandung dalam rangka lawatan kerja selama empat hari bermula 24.06.2011.

Aktiviti pertama Tuanku dan rombongan pada hari pertama di Bandung adalah melawat kilang senjata terbesar di rantau ini yang diasaskan pada 1808 ketika pemerintahan Belanda iaitu PT PINDAD yang mempunyai lebih kurang 3000 kakitangan.

Buat Nasi Goreng Ejon Untuk Sarapan

Arepiz @ Ruang Tamu KL Residence

26.06.2011, Ahad - Syah bangun pagi nie jam 06:00hrs dan macam biasa mandi dan solat. Lepas tu Syah ke Pasar Tani Danau Kota kat belakang rumah jer untuk beli bahan-bahan untuk masak Nasi Goreng Ejon. Nasi Syah tanak malam tadi. Syah namakan nasi goreng nie Nasi Goreng Ejon coz iannya selalu dibuat oleh Bonda Saudara Syah, Bonda Maizon sewaktu Syah kecil-kecil dahulu. Nasi goreng nie ada Cili Padi dan Ikan Bilis. Nanti Syah kongsikan resepinya di lain entry yer. Mudah jer menyediakannya tetapi sedap. Hehehhe Masuk Bakul Angkat Sendiri, SERIOUSE Sodap. Semalam Syah janji dengan Arepiz nak buat Nasi Goren nie. Syah buatkan telur mata separuh masak untuk Arepiz sekali. Manakala untuk Muss, Syah dan Cd, Syah buatkan telur dadar. Makan Semua ....................... Silakan.jam 12:00hrs tadi Arepiz kata nak balik dan Syah minta Cd hantarkan Arepiz ke LRT Station Melati. Arepiz kata tak apa coz dia boleh jalan kaki sahaja tetapi Syah kata tak apa kita orang hantarkan. Ssampai LRT Station Arepiz salam kami dan Syah tanya terus balik Klang ker, tetapi katanya nak jumpa kawan dulu di KLCC lepas tu baru balik ke Klang. Take Care Arepiz................... jika ada kelapang datanglah lagi yek lepak sama-sama.

Aktiviti Petang Sabtu Bersama Arepiz

26.06.2011, Ahad - Semalam Syah dan Arepiz keluar dari Rawang Residence jam 13:50hrs dan tunggu bas di bas stop kerana nak naik bas jam 14:00hrs tetapi bas lambat 10 minit. Shukur alhamdulilah bas yang rosak pagi tadi tu boleh berjalan semuala kalau tak alamat naik teksi jer lah dan kosnya RM30.00 sebab panggil teksi masuk. Dari Pekan Rawqang ke Residence Syah RM10.00 jer dan kalau naik teksi sapu yang lepas hantar pelanggan mereka cuma caj RM1 jer untuk ke Pekan Rawang.

Sampai bandar jer kami ke KTM Rawang untuk naik train ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami jalan kaki ke Monorail Brickfield kerana hendak ke Pavi Bkt Bintang. Sampai Monorail nampak pintu gate masuk penuh orang. Ingatkan apa tetapi rupannya Monorail ada masalah teknikal. Syah ambil keputusan naik bas sahaja dan kami kembali semula ke KL Sentral dan turun di LRT CM dan tunggu bas ke Bukit Bintang berhampiran Bukit Mahkamah, Kuala Lumpur (berhampiran Muzium Telekom atau Menara Maybank). Main redah jer jumpa gak bas.

Sampai jer Bukit Bintang kami terus ke Pavi sebab hendak menonton "Green Lantern". Sebelum tu Syah beli jajan dulu sebelum ambil tiket di kaunter kerana Arepiz dan booking dan bayar secara online, Arepiz belanja wayang hari nie - thanx Bro. Sebelum masuk macam biasa beli Set Pop Corn. Best gak lah ceritanya, bolehlahhh............ Selepas menonton kami jalan kaki dari Pavi ke KLCC melalui Convention Center. Dari KLCC LRT kami turun di Dato Kramat kerana Syah nak belanja Arepiz makan Nasi Kandar.

Selepas makan kami bertolak balik ke KL Residence. Dari LRT Melati kami jalan kaki jer kerumah. Sampai rumah Muss dan Cd ada. Masa nak tidur Arepiz katan tidur kat depan jer sebab nak menonton TV. So Syah ambil tilam dan letak diruang tamu untuk Arepiz tidur manakala Syah tidur atas sofa. Zzzzzzzzzzzzzz.................... hehehehe.

Saturday, June 25, 2011

Tuanku Mizan Hadiri Majlis Santapan Menjunjung Kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang

KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong bergambar bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Isteri sebelum Majlis Santapan Malam Bermula - Gambar dari Bernama.

25.06.2011, Sabtu - Malam tadi sempena lawatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke Pulau Pinang, Baginda berdua telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Menjunjung Kasih Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Baginda berdua dalam rangka lawatan selama dua hari ke Pulau Pinang bermula semalam.

Arefiz @ Rawang Residence

25.06.2011, Sabtu - Malam tadi member Syah Arepiz datang dari Klang dengan menaiki Komuter dan Syah minta dia ke Rawang Residence naik teksi jer kerana bas sudah habis. Masa tu Syah dengan Arip dalam perjalanan ke Rawang naik bas melalui Highway kerana naik bas SJ dan bukan Metro. Syah suruh Arip naik bas tu sebab bawa banyak barang banyak iaitu bunga untuk function dia hari nie dan esok. Kalau naik Metro bus tempat duduknya sempit. Ingatkan hendak minta tolong Arip fetch Arepiz kat KTM Rawang tetapi ada masalah kerana kena minta kebenaran Azrin dulu dan bila Azrin sampai macam ada yang tak kena dan sempat dengar dia cakap dengan Arip lain kali jangan naik bas yang lalu highway kerana jalan ke highway tu jem dan masalah dia nak fetch kami. So tak perlulah Syah minta tolong kerana keadaan tak mengizinkan - angin sepoi-sepoi bahasa nanti silap-silap jadi Taufan plak. Heheheh lawaknye..............

Syah yang sebenarnya suruh Arip naik bas SJ sebab kami banyak bawa barang bukannya saja-saja suka turun kat highway tu sepatutnya barang macam tu bawa naik kereta jer. Tak lama selepas Syah sampai, Arepizpun sampai dan kemudiannya Shah yang buat regular maintenance for pest controlpun datang buat inspection. Katannya anai-anai tu ada lagi dan dia tambah ubat lagi kerana katannya sepatutnya minggu ketiga dah mati tapi yang ini degil sket. Malam tadi kami makan di gerai taman sebelah Rawang Residence Syah dan Pagi nie Syah bawa Arepiz breakfast di kedai Mamak seberang jalan berhampiran Rawang Residence Syah. Syah yang belanja kerana biasalah dah tetamu kita.

Arepiz makan Mee Goreng Mamak, Telur Dadar dan Kopi O Ice. Syah tak makan kerana minuman Herbalife. Malam tadi Arepiz makan Nasi Paprik & Teh Ice manakalan Syah Meehon Tomyam dan Horlic Panas. Balik dripada breakfas tadi Syah kemas dan sapu bahagian depan dan luar rumah. Lepas Zohor nanti nak balik KL tetapi Syah nampak bas yang biasa kami naiki tu tersadai disimpang jalan berhampiran rumah Azrin. Alamak bas rosaklah pula, Kalau tak ada bas terpaksalah Syah call teksi nanti.............. Ok, sekarang jam 12:33hrs sehingga berjumpa dilain Entry.

Kereta Baru Hafiz Beli Cash

Kak Long Janet, Bonda Hafis bersama kereta baru anaknya.

25.06.2011, Sabtu - Khamis malam Jumaat lepas dapat FB Message daripada my Sister, Kak Long Janet bergambar sebelah kereta. Ingatkan dia pergi mana tetapi rupannya kereta baru anak dia Hafis yang baru masuk merisik beberapa minggu lepas. Semalam dapat chat sekejap dengan Kak Long di office dan dia inform kereta tu Hafiz beli cash kerana tak mahu berhutang lama-lama. Tak silap Syah kalau tengok dari gambarnya kereta VIVA Elite. Menurut Kak Long hargannya RM40,900.00 dan selepas diskaun dapat RM38,550.00. Suami Kak Long Tooha dapat RM200.00 sebagai introducer. Kereta jarang orang beli cash tetapi tak tahulah mungkin Hafiz ada sebab-seba tersendiri seperti yang Kak Long inform Syah tu kot?

Friday, June 24, 2011

Pakej Perkahwinan Issyaz Wedding Enterprise

Entry Baru Syah DiBawah Iklan Ini
Kepada anda semua yang ingin melangsungkan perkahwinan, kami di Issyaz Wedding Enterprise amat berbesar hati menawarkan promosi untuk bakal raja sehari meraikan hari bahagia anda seperti berikut :-
Pakej untuk 1000 pax termasuk Perkhidmatan Katering, Meja Makan Pengantin, Pintu Gerbang, Red Carpet, Pelamin 3 Panel dengan Bunga Segar, Baju Akad Nikah dan Persandingan, Dua Makeup, Bunga Tangan, Bantal Nikah, Photographer dan Kek Pengantin hanya dengan kadar harga RM19,500.00.
Promosi ini hanya untuk 11 pasangan pengantin yang terawal sahaja dan anda akan diberikan Cup Cake secara Percuma.
Perkhidmatan Issyaz Wedding Enterprise merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sahaja. Rebutlah Peluang ini untuk merealisasikan Impian Raja Sehari Anda Menjadi Satu Kenyataan.
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung promosi ini anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 atau Syaz - 019 260 5077 dari Issyaz Wedding Enterprise di No.7, Jalan Garing Utama, Taman Garing Utama, 48000 Rawang, Selangor.
Anda juga boleh melayari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-
http://www.issyazwedding.blogspot.com
http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall
Jumpa Anda Semua di Issyaz Wedding Enterprise

Tuanku Mizan Solat Jumaat Di Masjid Negeri Pulau Pinang

24.06.2011, Jumaat - Hari nie Syah Solat Jumaat di Masjid Negara. Banyak makan pula hari nie, sebelum solat Syah makan Kacang Kuda dan Soya Panas. Lepas Solat Syah beli Ayam Goreng Uncle Bob dan minum Air Kelapa dan Tebu. Sekarang jam 17:24hrs dan perut Syah rasa sakit sedikit. Baru call Arip tanya nak saing balik ker tidak kerana dia tak balas sms Syah dan dia kata ok jer dan Syah tunggu Arip kat tempat biasa di LRT CM.

Tuanku Mizan sedang bersolat di Masjid Negeri Pulau Pinang dan disebelah kanan sekali adalah TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang.- Gambar dari Bernama

Berbalik kepada tajuk diatas, hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin menunaikan Solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang. Turut serta menunaikan Solat Jumaat adalah Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Tuanku Mizan dalam rangka lawatan dua hari ke Pulau Pinang bermula hari ini 24.06.2011.

Thursday, June 23, 2011

Celebrate Belated Birthday Dinner Wif My Lill Sis Intan

23.06.2011, Khamis - Hari nie happy sangat dapat dinner with my Lil Sis Intan. Actually dah lama Intan nak jumpa Syah dan belanja makan untuk birthday Syah pada 24 April lepas. Baru hari nie dapat jumpa dia. Petang tadi Syah buat appointment dengan Intan kerana kebetulan Azrin hendak ke Selayang. Selepas urussan Arip selesai kami bertolak ke Selayang Mall sebab Intan kata nak makan di Penang Express. Hampir jam 20:00hrs Syah inform Intan dan Hubbynya Am datang ke Selayang Mall. Kami order air dahulu sementara menunggu Intan dan Am datang. Tak lama selepas tu merekapun sampai. Rupa-rupanya Intan puasa dan dah berbuka kat rumah dia tadi.

Masa menunggu tu Azrin dan Arip order Kaya Butter Toast Bread satu set RM1.80. malam nie My Sister makkan Chicken Chop RM13.90 dan Ice Bandung Cincau RM5.20, Am - Nasi Lemak Penang RM 9.90 dan Ice Lemon Tea RM4.50, Syah Fish and Chip RM13.90 dan Ice Lemon Tea RM4.50, Azrin Penang Express Combination RM12.90 dan Lychee Fizzy Float RN6.80 dan Orange, Apple & Sour Plum RM7.90 manakala Arip Penang Char Koay Teow RM8.90 dan Lychee Fizzy Float RM6.80. Semuannya termasuk service tax RM102.25. Disebabkan lama Syah tangguh nak jumpa Intan, Syah inform Intan biar Syah sahaja yang belanja.
Inilah dia hadiah birthday daripada My Sis Intan. Beg sandang Bonia. Thanx Sis. Sambil makan kami bersembang dan Ayahanda call dan bercakap dengan Intan, Syah dan Azrin. Hampir jam 21:30hrs kamipun beredar. Waiter dan waitress kat sini berbangsa asing dan masa Syah salin senarai makanan dan harga salah seorang pelayan wanita tanya Syah buat apa. Syah inform ambil senarai makanan yang diorder untuk masukkan dalam blog dan ia mengangguk sahaja. Selepas salam dan cium Intan dan Salam Am, kamipun beredar balik ke Rawang.

Sultan Pahang Rasmi Bangunan Arkib Negara Cawangan Pahang

Tuanku sedang mendengar penjelasan dari MB Pahang berhubung surat kemasukan baginda ke Kolej Melayu Kuala Kangsar - Gambar dari Bernama.

23.06.2011, Khamis - Hari ini KDYMM Sultang Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenaan merasmikan Bangunan Arkib Negara Malaysia Cawangan Pahang di Kuantan hari ini. Turut serta adalah DYMM Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Besar Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob. Tuanku Sultan Pahang sempat mencemar duli melawat pameran yang diadakan di bangunan ini serta bersama-sama DYMM Sultanah Pahang mengacau kuih tradisional Pahang iaitu "Asidah". Sebelum ini semua dokumen mengenai kerajaan Pahang disimpan di Terengganu sebelum Bangunan Arkib Negara Cawangan Pahang dibina.

Tuanku Mizan Menerima Laporan Kes Kematian Teoh Beng Hock

Tuanku Mizan menerima Laporan Kes Kematioan Teo daripada Tan Sri James Foong - Gambar dari Bernama

23.06.2011, Khamis - Semalam KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abdin telah menerima mengadap Pengerusi Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong di Istana Terengganu, Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Tan Sri James yang mengetuai Pesuruhjaya Kes Teo Beng Hock, mengadap untuk menyerahkan laporan kes tersebut kepada baginda.

Sibuknya Ari Nie

23.06.2011, Khamis - Hari nie busy gile coz semalam seharian tak ada di office kerana ada program Upselling Activity oleh kami di Group Human Capital Management untuk KL SME dan Shukur Alhamdulillah overall sales semalam melepasi target dengan jualan sebanyak RM217,000.00. Habis sahaja Program Syah balik ke Rawang saing dengan Arip dan Azrin fetch kami di PEkan Rawang. Sampai rumah jam 21:00hrs dan Syah baring sekejap sebab keletihan hingga tertidur sampai jam 05:00hrs baru Syah bangun. Sekarang Syah rasa Letih, mengantuk dan penat tetapi kena kerja juga sebab hari nie last day submission untuk direct invoice/ap to account department.

Masalah sket untuk uruskan bayaran kepada para pemenang TM Group Award Nite 2011 kerana bagi anggota eksekutif/bukan eksekutif Syah ada data mereka tetapi bagi GM dan anak Syarikat Syah tak ada. Untuk proses payment mereka kena ada Personal Number, tu yang masalah kerana GM Syah tak ada dan perlu call secretary mereka dan melambatkan masa. Bagi anak Syarikat pula kena call dan minta nombor akaun, nama bank dan brunch mereka. Bahgian yang uruskan pemenang nie hanya bagi kami nama dan nombor kad pengenalan sahaja dan maklumat tak lengkap dan Syah kena cari dan ini melambatkan proses. Nampak gayamya tak boleh submit hari nie dan Syah akan akru sahaja bayaran ini.

Petang nanti Syah nak jumpa My Sister Intan and her hubby. Sebenarnya dia nak jumpa pada 24 April lepas untuk celebrate birthday Syah tetapi tau-tau jerlah Syah kan sampai hari nie baru available. Kebetulan Arip dan Azrin hendak ke Selayang petang nie dan Syah dapat slow talk dengan Azrin untuk jumpa my Sister. Nanti Syah belanjalah mereka sekali. Syah inform Intan tadi yang Syah akan belanja dia dan hubbynya kerana salah Syah lewat. Hehehehe ..........

Wednesday, June 22, 2011

Tak Dapat Udpade Blog Today

22.06.2011, Rabu - Hari nie Syah tak dapat nak update Blog kerana ada Program Tora-Tora dimana Syah dan yang lainnya akan buat Sales di Kawasan Chow Kit untuk Small Business Enterprise. Program nie dari pagi seawal jam 07:00hrs sehinggalah waktu petang. Produk yang akan kami promote adalah "Office in a Box". Apa yang kami tawarkan dalam Office in a box adalah dengan kadar bayaran hanya RM198/sebulan pelanggan akan diberikan Free Wireless Modem, Custom email address, 1 Stremyx Zone ID, 1Gb e-storage, free bussinessline rental, free DECT phone,1Mbps Business Broadband dan RM88.00 local free call/month. Ini adalah program sukerela kami di Human Capital dalam membantu Sales Division dalam memasarkan produk mereka. Minta-minta program hari ini akan berjaya seperti yang dirancangkan. Seramai 30 orang anggota pelbagai jawatan terlibat dalam program ini. Kami akan dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan akan diguide oleh seorang anggota dari bahagian Sales.

Tuesday, June 21, 2011

Telinga ke Kepala Syah Rasa Kebas

22.06.2011, Selasa - Sekarang jam 17:55hrs dan Syah hendak balik ke KL Residence. Masa tengahari tadi semasa di toilet kepala sebelah kanan Syah rasa macam kebas dan benda merayap. Bila Syah usap-usap iannya hilang. Beberapa kali jadi macam tu dan sekarang pula dari telinga membawa kekepala Syah rasa macam kebas atau rasa macam bulu roma meremang tu. Tak tahu mengapa. Kalau kat dahi kata orang nak demam nie kat telinga dan membawa ke kepala. Dulu ada juga rasa macam nie tetapi dibahagian dahi tetapi sekejap jer nie macam lama sket. Mengapa Yek? Minta-minta tak ada apa-apalah. Ok gtg sehingga berjumpa lagi di lain Entry. Doakan Syah sihat yer.

Raja Perlis Rasmi SMK Lailatul Shahreen

Tuanku Raja Perlis berkenan menandatangani plak perasmian SMK Lailatul Shahreen - Gambar dari Bernama.

22.06.2011, Selasa - Hari ini Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenaan merasmikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lailatul Shahreen di Kangar, Perlis. Turut serta adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Menteri Besar Dato' Seri Dr Md Isa Sabu.

Dahulunya sekolah ini dikenali dengan nama SMK Padang Behor dan sekarang telah ditukar namanya kepada SMK Lailatul Shahreen sempena mengambil nama menantu baginda iaitu Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.