Saturday, September 4, 2010

Info DiRaja :- Raja Perempuan Ta'ayah - 04.09.2010

Tahukan anda semua siapakan gerangannya wanita ini. Mungkin bagi jenerasi muda, anda tidak mengenali siapakan wanita ini. Pernah mendengar nama sekolah Raja Perempuan Ta'ayah di negeri Perak? Ini adalah gerangannya wanita berkenaan iaitu Raja Perempuan Perak, DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Ta'ayah bt Raja Abdul Hamid. Baginda merupakan isteri kepada DYMM Al-Marhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lah, Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke-28. Al-Marhum Sultan Yusuff merupakan Paduka Ayahanda kepada Sultan Azlan Muhibuddin Shah, Sultan Perak ke-30 (Sultan Perak Sekarang). Walau bagaimanapun Al-Marhumah Raja Perempuan Ta'ayah bukanlah bonda kepada Tuanku Azlan, bonda baginda adalah Al-Marhumah YTM Bonda Raja, Toh Puan Besar Hatijah bt Dato' Setia Wangsa Ahmad.
Al-Marhumah diputerikan pada 1892 dan merupakan puteri sulung kepada YTM Raja Abdul Hamid ibni Sultan Idris 1. Berkahwin dengan Al-Marhum Sultan Yusuff pada 21.03.1912, merupakan isteri pertama Al-Marhum Sultan Yusuff dan kekal sehingga kemangkatannya. Al-Marhumah terkenal dikalangan rakyat Perak kerana sikapnya yang mesra rakyat. Al-Marhumah mangkat dalam usia 70 tahun pada 18.02.1962 dan dimakamkan di Makam DiRaja Perak, Bukit Chadan, Kuala Kangsar, Perak dengan penuh adat istiadat diraja. Sepertimana amanat baginda, Al-Marhumah telah dimakamkan disebelah Makam Al-Marhum Sultan Abdul Aziz yang merupakan ayahanda saudara baginda. Istiadat permakaman DiRaja telah dihadiri oleh Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Al-marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-3). Hampir setahun kemudian Al-Marhum Paduka Suaminya pula mangkat pada 05.01.1963 jam 04:12pm di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

11 comments:

Radin87 said...

Thanks for the info. Syah, gambar tu gambar masa baginda bergelar Raja Perempuan ke?
Baginda memang pakai tudung yer?

tengkusyah said...

Yer Radin Bertudung dengan Style pada zaman itu. Masa tu bergelar Raja Perempuan Perak dan baginda mangkat sebagai Raja Perempuan Perak dan Paduka Suaminya mangkat setahun kemudian.

Anonymous said...

Dulu penah nmpak gambar ni gantung kt library sekolah. Tq 4 da info.. (x-serata)

Anonymous said...

Baginda adlah satu satunya raja permaisuri yg memakai tudung litup semasa zamannya..alhamdulillah...

Anonymous said...

owh...thanks for the very useful info..
emm..jd cmne blh trtubuh sekolh raja perempuan taayah tu? memng cita2 bginda ke untk tbhkn sekolah tu ats name bginda?

Anonymous said...

Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) alma mater saya. Mungkin kerana dia satu-satunya permaisuri di Perak yang bertudung maka di binalah SERATA sebagai sekolah agama dan terkenal hingga kini.

Anonymous said...

jangan dilupa pula akan sekolah Izzuddin~ hehehehe

nuha97 said...

thank for the info <3

Anonymous said...

betulke dgr citer gambar yg gantung kat SERATA ni mata dia gerak2 time malam...serem mak nyah!!!

ayiel said...

Dulu taayah bkn sek agama pon. Sekolah biasa je pada zaman tu, mcm mana blh jd sekolah agama?

ayiel said...

Dulu taayah bkn sek agama pon. Sekolah biasa je pada zaman tu, mcm mana blh jd sekolah agama?