Misteri kehilangan Jutawan Kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan tiga individu lain iaitu pemandu peribadi Datuk Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin,44, Peguam beliau, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan Pegawai CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, terjawap apabil pihak polis menahan seorang peguam bergelar datuk, adiknya dan enam pekerja ladang kelapa sawit milik datuk berkenaan. Suspek yang ditangkap berusia diantara 19 hingga 41 tahun dimana dua orang darinya adalah wanita dan kesemua suspek ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kesemua mangsa dilapurkan hilang semenjak 30 Ogos 2010 setelah dikatakan ke Banting, Selangor untuk membincangkan urusan pembelian tanah bernilai RM 4 Juta di Pulau Pinang.
Menurut pihak polis, tangkapan pertama dibuat pada 10.09.2010 melibatkan lima individu manakala datuk berkenaan dan adiknya ditangkap semalam 11.09.2010 dan seorang lagi ditangkap pada hari ini. Hasil dari siasatan polis mendapati mereka mengaku membawa kesemua mangsa ke ladang kelapa sawit seluas 1.6 hektar kepunyaan mereka di Ladang Gadung, Tanjung Sepat, Banting, Selangor sebelum memukul kesemua mangsa hingga mati dan membakar mayat mereka. Abu mayat mereka kemudiannya telah dibuang ke anak sungai berhampiran ladang berkenaan. Dalam ertikata mudah apa yang dilakukan oleh suspek kepada kesemua mangsa adalah Tangkap, Bunuh, Bakar dan Buang. Pihak polis memaklumkan tempat kejadian ditutupi oleh tembok, ada kandang kambing dan bangsal lembu serta pokok kelapa sawit. Dengan keadaan kawasan sebegini adalah sukar bagi orang luar untuk mengetahui apa yang berlaku didalam kawasan berkenaan kerana ianya tertutup dari pandangan umum.
Pihak polis buat masa ini berpendapat motif kejadian adalah disebabkan saingan perniagaan dan urusniaga kewangan diantara suspek utama iaitu Datuk berkenaan dan adiknya dengan Datuk Sosilawati. Pihak polis tidak dapat memastikan lagi tarikh sebenar mangsa dibunuh. Walau bagaimanapun lapuran DNA belum dikeluarkan lagi bagi memastikan mereka adalah keempat-empat induvidu yang dilapurkan hilang itu. Pihak polis juga akan mendakwa Datuk berkenaan dibawah akta pengubahan wang haram. Pihak polis juga telah mendapat beberapa maklumat berhubung pemilikan beberapa hartanah secara tidak sah oleh Datuk berkenaan. Datuk berkenaan juga sedang disiasat berhubung beberapa kes kehilangan individu yang berurusan dengan beliau pada tahun lepas.
Ladang Gadung, Tanjung Sepat, Banting, Selangor
Al-Fatihah buat Allahyarham-Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim dan Noorhisham Mohammad Semuga Roh kesemua mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh. AMIN.
No comments:
Post a Comment