Sunday, September 12, 2010

Tengku Faris Sultan Kelantan ? - 12.09.2010

Desas desus pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, DYTM Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda esok bersamaan hari Isnin, 13.09.2010 masih menjadi tanda tanya kepada semua pihak. Orang kuat Istana Kelantan, Dato' Abdul Halim Hamid masih berahsia dan tidak memberi sebarang komentar samada ya atau tidak berhubung isu ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai, satu program khas akan diadakan di Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan pada jam 11:30am, Isnin ini selepas satu sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) pada sebelah paginya. Bersama-samalah kita tunggu Isnin nanti samada berita ini merupakan satu kenyataan atau khayalan sahaja.

Gambar terbaru Al-Sultan Kelantan semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 di Istana Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.

Jika benar perkara ini berlaku ianya bukan sesuatu yang pelik pernah berlaku didunia ini apatah lagi dalam sejarah kesultanan di negara kita. Tahukan anda bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hasanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki tahta kerajaan Brunei bukan selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Omar Ali Saifuddien III. Sultan Brunei menaiki tahta menggantikan ayahandanya sebagai Sultan Brunei pada 05.10.1967 dan ditabalkan pada 01.08.1968. Ayahandanya mangkat pada 07.09.1986.

2 comments:

Anonymous said...

Itu belum masuk lagi kisah Sultan Terengganu dan Sultan Selangor yang dilucut takhta oleh British sejurus British kembali ke Malaya setelah Perang Dunia ke-2 gara-gara kerana mereka berdua menaiki takhta semasa pendudukan Jepun !!

tengkusyah said...

Nasib Almarhum Tengku Ali (mantan Sultan Terengganu Masa Jepun)lebih buruk daripada Almarhum Tengku Musauddin (Mantan Sultan Selangor Waktu Jepun). Tengku Musauddin mendapat keistemewaan sebagai mantan sultan tetapi Tengku Ali pernah menjadi tauke wayang, pemandu teksi dan pernah membawa kes tahta ini ke mahkamah tetapi gagal dalam tuntutannya.