Thursday, September 30, 2010

Syed Nasrul Faisal Meninggal - 30.09.2010

Ingat tak entry Syah bertarikh 25.09.2010 bertajuk Kemalangan di Jalan Duta


Rupa-rupanya mangsa tersebut adalah kakitangan di Syarikat Syah bekerja TM. Beliau adalah Allahyarham Tuan Syed Nasrul Faisal bin Syed Mahmud yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik daripada Unit DDN Development, Core Tx/DDN & Wireless, IT&NT, Menara TM berumur 31 tahun. Allahyarham meninggal dalam kemalangan pada malam 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H jam 10:30 malam akibat kemalangan jalanraya. Jenazah Allahyarham telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 2 Gurap, Jalan Kuala Kangsar, Ipoh Perak sebelum waktu Asar pada 25 September 2010. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada kami di TM dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Inilah gambar Allahyarham dan keadaan kenderaan Allahyarham semasa kemalangan yang Syah terima daripada E-Mail seorang kawan.

Dalam entry Syah tu, Syah kata Jalan Duta tapi sebenarnya Lebuhraya Mahameru. Allahyarham dikatakan baru sahaja lepas minum dengan kawan-kawannya di Mutiara Bangsar iaitu 3km dari tempat kejadian. Allahyarham memandu Proton Perdana bewarna merah. Kejadia berlaku apabila sebuah kereta Toyota Harier dikatakan dipandu laju dari arah Jalan Tun Razak telah terbabas dan merempuh pembahagi jalan dan kemudiannya melayang ke arah bertentangan. Kebetulan kereta Allahyarham tiba dan dirempuh keseluruhannya disebelah kanan oleh Toyota Harrier berkenaan. Mangsa telah cedera parah dan meninggal ditempat kejadian. Pemandu Toyata dikatakan telah melarikan diri. Kemalangan ini telah melibatkan lima buah kenderaan. Keadaan waktu itu hujan.

No comments: