Saturday, September 11, 2010

Raya # 2 - 11.09.2010

Today Syah still di rumah Ayahanda dan pagi tadi Syah temankan my sister, Intan dan hubby dia ke pasar untuk membeli bahan mentah kerana hari ini teman lama Ayahanda akan datang berhari raya. En Zainal dan Isterinya Datin Paduka Norkhailah beserta anaknya Shuhaida nak datang. Intan beli ikan bawal dan ikan temenung, udang dan sayur. Lepas tu nak beli surat khabar tapi paper tiada hari ini rupannya - cuti. Lepas tu Syyah ke 7Eleven untuk beli roti.

Sampai rumah, Encik dan Intan memasak untuk tetamu nanti. Mereka masak Ikan Bawal Masak Asam Pedas, Sayur Campur, Ikan Temenung Goreng dan Sambal Tumis Udang.

Semasa Encik/Intan sedang sibuk memasak Kak Lang Ella datang hendak pinjam cangkul. Katanya untuk timbus jalan masuk ke rumah nenda. Ayahanda ajak mereka makan tapi mereka tak hendak dan Ku Chick (anak Kak Lang) asik ajak emaknya balik cepat sahaja. Nak jadi cerita Mamat terpecahkan kerusi plastik Ayahanda kerana kerusi tu sudah reput. Tergelak besar we all tengok dia jatuh dari kerusi. Hehehehehhehe....................

En Zainal, Datin Paduka Norkhailah dan anaknya Shuhaidah sampai lebih kurang jam 01:30pm. Mereka sebenarnya dari Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak kerana singgah ke rumah besannya. Sebelum balik Shuhaidah beri Ayahanda dan Encik duit raya RM50.00, Kain pelikat dan telekong. Semasa Ayahanda di KL, En Zainal pernah hantar anak perempuan tunggalnya, Shuhaidah untuk diasuh oleh Encik, sebab itu dia panggil Ayahanda, Abah dan Encik, Emak. Datin Paduka pula merupakan bekas Ahli EXCO Selangor manakala En Zainal pernah bertugas di TM.
Selepas En Zainal balik, tak berapa lama kemudian Mak Long Mea atau nama sebenarnya Rafeah bt Sulung datang bersama keluarganya. Mak Long Mea ini merupakan cousin Ayahanda Syah. Keluarga Mak Long Mea nie besar kerana anaknya sahaja 18 orang manakala empat darinya telah meninggal dunia. Sudah lama Syah tak berjumpa beliau since I was 12/13yo. Actually dulu ada sesuatu terjadi diantara keluarga Syah dan keluarga Mak Long Mea tapi biarlah benda yang lepas jadi history jer. Nak dikenangkan buat sakit hati jer, lagipun benda dah lepas.

Selepas solat Asar, Ayahanda dan Encik inform Syah yang dia hendak beraya ke rumah Kakak Encik. Syah inform kalau orang datang Syah segan nak serve mereka dan Ayahanda dengan confidentnya terus buat signage dipintu pagar inform "Keluar Beraya". Untung tak ada orang datang. Bila my sis balik dia inform nape letak nota macam tu dipagar kerana takut menarik perhatian pencuri.


Sekarang jam 11:06pm, Syah dan Ayahanda berada diruang tamu dan Syah sudah mengantuk sangat ini. Ayahanda pun sudah hendak masuk bilik. So jumpa lagi di lain Entry.
Bye.........


No comments: