Cerita mengenai kecurangan seorang isteri ini berlaku dimana-mana sahaja tak kira orang kaya, orang miskin, rakyat biasa mahupun raja. Curang ini sebenarnya bukanlah sahaja atas faktor sesorang perempuan itu inginkan hidup yang lebih selesa dan mewah tetapi mungkin disebabkan perkara-perkara yang melibatkan peribadi mereka. Kepada anda semua, jaga dan hargailah isteri anda supaya perkara seperti ini tidak berlaku. Nak salahkan perempuan sepenuhnya dalam hal seperti ini bagi Syah tidaklah adil, Lelaki juga harus melihat pada diri mereka sendiri apakah kelemahan/kekurangan yang ada pada kita sehingga pasangan kita sanggup melakukan kecurangan. Walau bagaimanapun ada juga suami yang berbuat baik dan sanggup melakukan apa sahaja demi cintanya pada isteri, tetapi si Isteri tetap juga menduakan suaminya. Dalam perkahwinan, kemewahan dan harta bukanlah merupakan satu jaminan untuk bahagia selama-lamanya. Inilah yang terjadi kepada salah seorang isteri kepada Raja Swaziland, Raja Mswati III. Swaziland merupakan sebuah negara kecil di Benua Afrika Selatan yang bersempadan dengan Afrika Selatan dan Mozambique. Swaziland merupakan negara terkurung daratan atau Landlock Country, bolehlah dimaksudnya negara yang tidak mempunyai laut dan terdapat 47 buah negara didunia adalah landlock country.
Inkhosikati (queen) LaDube atau nama sebenarnya Nothando Dube, Isteri ke 12 His Majesty The Ngwenyama (King) of Swaziland, Raja Mswati III didapati telah berlaku curang dengan Menteri Kehakiman dan juga merupakan sahabat karib (semenjak kecil) dan rakan perniagaan suaminya. Dube telah ditangkap bersama pasangan kekasih gelapnya Ndumiso Mamba di Hotel Royal Villas, Mbabane, Swaziland dalam bulan Ogos 2010. Ejen-ejen keselamatan membuat tangkapan berkenaan didalam salah sebuah bilik di hotel yang dimiliki oleh Raja Mswati III itu. Dalam serbuan itu, Mamba didapat menyorok didalam satu ruangan khas yang dibuat dibawah tilam berkenaan. Gambar-gambar penangkapan itu berkenaan tersebar luas di internet. Semasa tangkapan dibuat, Raja Mswati II berada di Taiwan atas urusan rasmi negara.
Dube dikatankan sering menyelinap keluar dari Istana Lozitha semasa ketiadaan Mswati dengan menyamar menggunakan pakai tentera untuk memudahkan dia keluar /masuk dari Istana tanpa disyaki. Di luar Istana ada sebuah kereta akan menunggu beliau untuk dihantar ke Hotel Royal Villas yang jaraknya hanya 10km sahaja dari istana berkenaan.
Semalam, sebuah akhbar melaporkan Raja Mswati III telah memecat Menteri Kehakimannya dan dijangka akan dihukum penjara atas kesalahannya bermukah dengan Isteri Raja. Dube pula diletakkan dibawah pengawasan 24 jam dibawah jagaan Bonda Raja, Empress Ntombi Tfwala atau lebih dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaTfwala supaya dia tidak dapat melarikan diri keluar dari Swaziland. Hukuman keatas beliau masih belum ditetapkan lagi. Sebelum ini dua orang dari isteri Raja Mswati III juga pernah melakukan perkara yang sama dan dapat melarikan diri keluar negara.
Raja Mswati III dilahirkan pada 19.04.1968 berumur 42 tahun masih kuat mengamalkan tradisi berkahwin ramai dan seorang yang terkenal dengan kehidupan yang mewah. Ayahandanya dahulu mempunyai 70 orang Isteri. Buat masa ini baginda mempunyai 14 orang isteri. Menjadi Raja pada 25 April 1986 menggantikan Ayahandanya Sobhuza II. Raja Mswati III mengamalkan sistem Absolete Monarch, walau bagaimanapun baginda terikat dengan adat tradisi Swazi dimana baginda tidak mempunyai hak untuk menentukan pengganti baginda.
Raja Mswati III berkahwin dengan Nothandoo Dube (22 tahun) pada 11.06.2005 semasa berumur 17tahun dan masih bersekolah lagi dan selepas perkahwinannya, beliau dikenali sebagai Inkhosikati (queen) LaDube. Hasil perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan sepasang cahayamata iaitu Princess Makhosothando (2005) dan Prince Betive (2007). Dube merupakan bekas ratu cantik remaja Swaziland semasa beliau berumur 16 tahun.
3 comments:
Saya nak komen sikit pasal sistem beraja Swaziland iaitu mereka mempunyai adat-adat yang agak menarik untuk dibincangkan.
Pertama. Raja memerintah bersama ibu kandungnya dan bukan bersama isteri. Raja digelar Ngwenyama (Singa) sementara ibunya bergelar Indlovukazi. (Ibu Raja / Gajah Betina)
Kedua. Raja tidak boleh menentukan pewaris. Terdapat majlis traditional bernama "Liqoqo" yang akan menentukan Raja seterusnya. (Tapi bukanlah untuk memilih raja sebaliknya Ibu Raja, Indlovukazi)
Ketiga. Ibu Raja, Indlovukazi mestilah mempunyai sifat yg baik dan terpuji, hanya mempunyai seorang anak sahaja dan anak tunggalnya mestilah lelaki. (Isteri yang mempunyai 2 anak gugur kelayakan). Dia juga mestilah bukan isteri upacara. (Ritual Wife)
PS : Ritual Wife adalah isteri pertama dan kedua kepada Raja dan dipilih oleh National Councillor. Mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu upacara. Anaknya tidak boleh mewarisi tahta.
Keempat : Anak kepada ibu Raja secara automatik mewarisi tahta. Dalam adat Swaziland, Raja mesti mempunyai ramai Isteri.
Kesimpulannya, memang sangat susah untuk mewarisi tahta Swaziland. (^_^)
Thankis Radin for the Info
menarik gak baca tentang adat orang swaziland ni. jarang bace mende2 cmni
Post a Comment