Wednesday, September 29, 2010

Sultan Johor Rasmi Bangunan Baru TNB Muar - 29.09.2010

Semalam, 28.09.2010, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim telah berkenan mencemar duli merasmikan bangunan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Muar. Menurut Pengerusi TNB, Tan Sri Datuk Leo Moggie pembinaan bangunan TNB ini adalah kerana pertambahan penggunaan tenaga elektrik yang semakin meningkat didaerah ini. Buat masa ini terdapat tujuh pencawang masuk utama yang berfungsi menyalurkan elektrik ke seluruh daerah Muar yang meliputi kawasan Sungai Abong, Bentayan, Maharani, Sungai Balang, Bukit Naning dan Bukit Serampang dengan permintaan maksimum 123,73 megawatt. Mengikut statistik pada 31.08.2010, pengguna didaerah ini adalah melebihi 191,000 pengguna dimana 82% merupakan pengguna kuasa besar, 17% pengguna domestik, 0.27% pengguna komersial, 0.72% pengguna industri dan 0.02 % pengguna lampu jalan. Sebenarnya permintaan atau kehendak maksimum penggunaan elektrik pada 31.08.2010 adalah 298 megawatt dengan jumlah purata jualan RM41.8 juta. TNB katanya akan memulakan projek pembinaan punca bekalan elektrik baru iaitu Pencawang Pembahagi Utama di Pencawang Masuk Sungai Abong yang dianggarkan bernilai RM20 Juta tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya pada 2013. TNB juga telah memperuntukkan RM 10 juta bagi melaksanakan 28 projek didaerah ini tidak lama lagi ternasuk 37 projek penambahbaikan sistem yang dilaksanakan tahun lepas dan tahun ini dengan kos RM7Juta.


No comments: