Tuesday, September 14, 2010

Aktiviti Raya ke 4 - 13.09.2010

Malam Raya Syah di Rumah Nenda, Raya pertama hingga kedua di Rumah Ayahanda, Raya ke-3 dan 4 Syah di rumah nenda. Esok Syah, Kak Lang Ella dan Razak akan balik semula ke KL manakala Kak Long balik hari ini. Pagi-pagi lagi Kak Long ajak Syah ke pasar, Razakpun nak pergi sama. Syah ingat dia nak naik kereta tapi rupanya dia naik basikal. So we all kepasar jalan kaki dan lagipun rumah Nenda dalam kawasan Pekan Sabak Bernam dan nak pergi mana-manapun senang, tak perlu guna kenderaan.
Jam 11:00am Syah dan Mamat ke Rumah Ayahanda kerana Ayahanda minta Syah hantarkan di ke Sungai Besar kerana ada urusan dengan Tabung Haji. Ayahanda inform Syah kalau tak boleh hantar tak mengapa coz dia akan pergi sendiri naik motor ............. biasalah orang tuakan? Tentu anda juga ada menghadapi situasi beginikan? Sebagai anak kita kenalah jaga hati mereka kerana bukan selalupun mereka minta tolong dengan kita. Hehehhehe................... Ramai juga orang menunggu gilirandi Tabung Haji dan Syah sempat ke Shopping Complex depan tabung haji untuk ke tandas.

Selepaas selesai urusan di Tabung Haji, Syah ke Restoran Mamak di Sungai Besar kerana hendak makam mee rebusnya even di Pekan Sabakbpun tak sesedap mee rebus direstoran ini. Mee rebusnya memang sedap dan tak akan jumpa mee rebus macam nie di KL dan di KL mee rebus mamaknya indah khabar dari rupa sahaja. Kalau di Teluk Intan favourate place untuk makan mee rebus ini di Mastan Ghani. Syah dan Mamat makan mee rebus manakala Ayahanda makan rojak manakala Encik tak makan kerana sudah kenyang katanya, actually dia hendak roti canai tapi hari ini sudah habis, so dia minum sahaja.


Kalau ikutkan pelan asal dari Sungai Besar terus balik rumah tapi Syah teringat sepatutnya semalam we all beraya ke rumah saudara mara Syah sebelah Al-Marhumah Bonda di Sungai Keli, Hutan melintang Perak tapi tak jadi. So Syah cadangkan we all ke Perak dan bukannya jauhpun seberang jambatan sahaja kerana Sabak Bernam bersempadan dengan Perak. Ayahanda cadangkan balik rumah dulu coz waktu tengahari time orang makan dan tak sesuai untuk bertandang. So we all balik Rumah Ayahanda dan selepas solat & rehat sebentar baru keluar rumah hampir jam 02:00pm. Di Sungai Keli, Syah bertandang ke rumah sepupu Syah, Abang Munir seorang bekas anggota polis. Dulu dia duduk di Kuala Selangor tapi semenjak pencen dia balik ke kampung. Kebetulan Kak Esah pun ada sekali. Kak Esah merupakan Adik Abg Munir dan baru datang dari Ipoh, Perak dan suaminya bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh tak silap Syahlah. Actually mereka ini Syah jumpa setahun sekali sahaja. Syah di Makam Bonda dan dipetak hadapan Syah itu adalah makam adinda Syah Abdullah yang mangkat sewaktu dilahirkan. Bonda Syah mangkat sewaktu melahirkan Abdullah.

Dari rumah Abg Munir we all ke Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota untuk menziarahi makam bonda Syah, Saodah @ Sokdah Al-Hajjah yang mangkat sewaktu melahirkan adik lelaki Syah yang juga meninggal sewaktu dilahirkan. Raya pertama hari tu tak sempat hendak ke Makam kerana hari hujan. Waktu bonda mangkat usiaa Syah kurang dari satu tahun dan Syah tak pernah kenal siapa bonda Syah apatah lagi kasih sayangnya dan yang Syah tahu hanyalah gambarnya sahaja dan kubur ini yang Syah ziarahi dua atau tiga kali setahun. Walau bagaimanapun Syah tetap sayangkan Al-Marhumah sebagai orang yang melahirkan Syah didunia ini kerana tanpa dia dan Ayahanda Syah tidak akan wujud didunia ini.


Dari Tanah Perkuburan DiRaja Kampung Kota, Hutan Melintang, Perak, kami semua ke Bagan Datoh kerana ingin melawat satu-satunya Bonda Saudara Syah sebelah Bonda yang masih hidup. Syah call her Anjang atau namanya Saadiah Al-Hajjah. Suami Anjang merupakan sepupu kepada Al-Marhum Nenda Syah sebelah Ayahanda dan bila Syah lihat muka suami Anjang teringat Syah pada Al-Marhum Nenda Syah (Ahmad Al-Haj) tapi Nenda lebih hendsome lagilah......... Hehhehehhe. Anjang ini ada probelm jantung dan makan banyak ubat dan akibat ubat-ubat tu dia jadi kurang pendengaran. Sian Anjang dan Syah doakan semuga Mak Anjang dan Pak Anjang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. AMIN. Sebelum balik, Syah beri duit raya kepada Anjang dan suaminya. Actually Syah jumpa mereka ini satu tahun sekali jer iaitu pada hari raya.


Jauh dibelakang Syah tu adalah kawasan Beting Beras Basah

Dari rumah Anjang, Syah, Encik, Abah dan Mamat ke kawasan Beting Beras Basah dimana tempat Bahtera Raja Muzafar ibni Sultan Mahmud dari Kampar tersangkut pada tahun 1528. Baginda membawa alat kebesara Neger Melaka bersama baginda iaitu Keris Taming Sari, Potoh Ular, Pedang Chura Si Manja Kini, Mahkota dan Mohor DiRaja. Setelah membuang Mahkota berkenaan ke dalam laut barulah kapal berkenaan dapat melalui kawasan berkenaan. Disini jugalah Raja Muzafar dilantik sebagai Sultan Perak pertama dan kemudiannya ditabalkan di Tanah Abang atau dikenali sebagai Teluk Bakung sekarang di muara sungai Perak dengan menggunakan gelaran Sultan Muzafar Shah. Disinilah juga dikatakan berasalnya keturunan Syah iaitu Bugis dari Beting Besar Basah yang kemudiannya mengalir ke seluruh Tanah Melayu. Tahukah anda bahawa Sultan Selangor Pertama telah di tabalkan oleh Sultan perak? Kalau mengikut adat istiadatnya begitulah tetapi sekarang Sultan Perak tidak lagi perlu menabalkan Sultan Selangor.

No comments: