Saturday, January 18, 2014

Baginda Queen Elizabeth II Dikurniakan Cicit Ke-empat

18 Januari 2014, Sabtu :-


Tahniah diucapkan kepada Baginda Queen Elizabeth II yang telah dikurniakan cicit ke-empat  baginda pada hari Jumaat, 17 Januari 2014. Kenyataan berhubung kelahir ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Istana Buckingham. Cucunda baginda, Zara Phillips telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Gloucestershire Royal Hospital  di Gloucester. Semasa bersalin suami Zara Phillips, Mike Tindall berada disisi beliau. Bayi seberat 3.5 kilogram ini telah tersenarai sebagai pewaris tahta Britain yang ke-16. Walau bagaimanapun bayi ini tidak akan menggunakan sebarang gelaran diraja sepertimana ibunya juga. Nama bagi bayi ini akan diumumkan dalam waktu terdekat ini. 

Zara Phillips merupakan anak sulung kepada Her Royal Highness The Princess Royal, Princess Anne dan bekas suami beliau Kapten Mark Phillips.  Disebabkan Princess Ann berkahwin dengan "orang kebanyakan" dan bekas suaminya telah menolak untuk dianugerahkan sebarang gelaran diraja, maka anak-anak beliau tidak boleh menggunakan  gelaran diraja.  Zara yang merupakan cucunda sulung kepada baginda Queen Elizabeth II telah berkahwin dengan Mike pada 30 Julai 2011 dan berita kehamilan Zara tersebar pada July 2013 lepas.

Sila click link dibawah untuk entry Syah berhubung Zara Phillips.
  1. Berita Kehamilan Zara
  2. Berita Perkahwinan Zara
Sumber :- Royaltu Nu/ Hello Daily News/MBS

No comments: