Wednesday, January 8, 2014

Tengku Abdullah Raikan Pasukan Hoki Piala Dunia Remaja 2013

08 Januari 2014, Rabu :-

Hari ini Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang juga merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia merangkap Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis minum petang bagi meraikan skuad hoki yang menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja baru-baru ini.  Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 atau Hero Hockey Junior World Cup Men 2013 telah diadakan di Stadium National Major Dhyanchand, New Delhi, India pada 06 hingga 15 Disember 2013.

Skaud Hoki Piala Dunia Remaja 2013 diketuai oleh 
Mirnawan Nawawi sebagai pengurus pasukan dan Muhammad Dharma Raj Abdullah sebagai jurulatih Projek 2013 dengan barisan 18 orang pemain terdiri daripada :-
  1. Muhammad Hafizuddin Othman 
  2. Mohd Zulhairi Hashim 
  3. Joel Samuel van Huizen 
  4. Mohd Nor Aqmal Abdul Gaffar 
  5. Muhammad Hafiz Zainol 
  6. Mohd Fitri Saari 
  7. Meor Muhammad Azuan Hassan 
  8. Shazril Irwan Nazli 
  9. Muhammad Firhan Ashaari 
  10. Muhammad Rashid Baharom 
  11. Mohamad Syamim Mohd Yusof 
  12. Muhammad Haziq Samsul 
  13. Muhammad Shahril Saabah 
  14. Muhammad Hazrul Faiz Ahmad Sobri 
  15. Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin 
  16. Kavin Kartik Govindasamy 
  17. Muhammad Azri Hassan 
  18. Faiz Helmi Jali 
Pasukan Malaysia merupakan juara Piala Remaja Asia berada di Kumpulan D bersama pasukan New Zealand, England dan Afrika dalam kejohanan ini.

Majlis diadakan di UniKL ini turut dihadiri oleh Pengerusi merangkap Pro Canselor UniKL, Datuk Dr Adham Baba, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Profesor Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud dan Jurulatih Projek 2013, Muhammad Dharma Raj Abdullah.

Sumber :- Bernama / Carian Internet

No comments: