Wednesday, January 8, 2014

Pengiran Anak Sarah Hantar Anak Ke Sekolah



08 Januari 2013, Rabu :-

Seperti ibubapa lainnya apabila tiba musim persekolahan semuanya akan sibuk menghantar anak-anak buat pertama kalinya ke sekolah.  Jika ayah sibuk, ibu akan mengambil alih tugas untuk menghantar anak-anak mereka atau jika kedua-duanya ada kesempatan mereka akan bersama-sama kesekolah pada hari berkenaan. Begitulah juga yang terjadi kepada ibu muda ini iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Ab. Rahman yang telah berkenan mencemar duli menghadiri Sesi Taklimat Ibubapa/Penjaga Pendaftaan Masuk Kelas Pra Sekolah Ugama 1435H/2014M.

Hari ini anakanda sulung Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Sarah yang juga merupakan bakal pewaris tahta Negara Brunei Darussalam iaitu Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Makota Pengiraan Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah mendaftar masuk kelas Pra Sekolah Ugama di Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei (ISB).

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

No comments: