Tuesday, January 14, 2014

Raja Nor Jan Shah Ditahan Polis

14 Januari 2014, Selasa :-

Raja Nor Jan Shah Raja Tuah yang mengaku sebagai Sultan Melaka telah ditangkap pagi tadi jam 10:50hrs.  Beliau ditangkap ketika bersama-sama 50 orang pengikutnya yang sedang dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka untuk menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali Kesultanan Melayu Melaka.  Tangkapa hanya dibuat terhadap Raja Nor Jan Shah sahaja.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Ghazali Khan Shah memaklumkan bahawa penahanan Raja Nur Jan dibuat setelah mendapat laporan polis dari pelbagai pihak berhubung penganjuran beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Menurut Datuk Shah Ghazali lagi " Kami menerima tidak kurang 10 laporan dari pertubuhan NGO (badan bukan kerajaan) yang risau dengan penganjuran majlis dan jemputan yang menghadiri majls tersebut".

Sumber :- Astro Awani

No comments: