Monday, January 6, 2014

Ketua Menteri Melaka Maklumkan ICJ Tiada Hak Iktiraf "Sultan Melaka"

06 Januari 2014, Isnin :-

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron telah membuat kenyataan berhubung isu dakwaan Raja Nor Jan Shah Raja Tuah  yang mendakwa telah diktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ sebagai Sultan Melaka pada 25 November 2013. Beliau memberikan kenyataan berhubung isu ini selepas ditemui oleh wartawan selepas merasmikan Majlis Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah semalam.

Menurut Datuk Seri Idris Haron, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa dan ICJ tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka. Tambah beliau lagi, tidak berlaku isu perebutan dalam masalah ini, cuma Melaka telah mengguna pakai Perlembagaan negara yang menyatakan negeri ini adalah Negeri Selat. Selain daripada itu, beliau sebenarnya meragui kesahihan tandatangan pada surat dari mahkamah berkenaan. beliau meminta Raja Nor Jan supaya menyedari tindakannya kerana rakyat di negeri ini sememangnya mengenali ilmu tentang sejarah Melaka dengan mendalam.

Tambah beliau lagi :-
  • "Justeru, Melaka ditadbir oleh wakil Persekutuan selaku ketua negeri yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri atau dahulunya dikenali gabenor yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong,"
  • "Bagi saya, sesiapa pun boleh buat seperti itu dan menyuruh sesiapa untuk menurunkan tandatangan. Saya juga tidak nampak bahawa mahkamah berkenaan boleh menentukan Melaka mempunyai sultan atau tidak,"
Sumber :- Utusan Malaysia

1 comment:

Anonymous said...

http://tikamanbinasa.blogspot.com/2013/12/fake-king-of-malacca-and-his-fake-letter.html