Saturday, January 4, 2014

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Mendapat Surat Pengktirafan Dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ



04 Januari 2013, Sabtu :-

Baru-baru ini Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Sultan Melaka ke-44 dan pewaris tahta ke-35 Sultan Perak telah menunjukkan bukti bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ yang berpengkalan di The Hague, Belanda telah memberi pengiktirafan kepada beliau sebagai Sultan Melaka. Surat bertarikh 23 November 2013 itu telah dimuat turun dalam laman facebook DYMM Sultan Melaka. Beliau juga memaklumkan bahawa satu memorandum serta salinan surat berkenaan telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri dan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu pada 02 Januari 2014 oleh Utusan Diraja yang dikenali sebagai Datuk Paduka Abu Karim.

Sehubungan dengan itu, beliau akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara ini. Walau bagaimanapun semalam, didalam Fan Page DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah telah mengeluarkan kenyataan bahawa sidang media yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 04 Januari 2014 akan ditunda kehari Isnin, 06 Januari 2014 jam 14:00hrs diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Lokasi sidang akhbar tidak dinyatakan kerana iannya hanya untuk wartawan-wartawan yang terlibat sahaja dan tidak melibatkan orang awam.


Pemberitahuan berhubung sidang media yang diambil daripada dari Fanpage beliau

Surat dari ICJ
Sila Click Gambar untuk Imej yang lebih besar.


Kenyataan beliau berhubung perkara ini telah mendapat riaksi daripada beberapa individu seperti berikut:-

Drs Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka dan juga merupakan bekas Kurator Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah mengadakan sidang media di pejabat ISSMA di Bukit Peringgit, Melaka pada 01 Januari 2014 berhubung perkara ini dan disiarkan dalam Harian Metro pada Khamis, 02 Januari 2014 memaklumkan bahawa bukti baru yang dikemukakan itu (surat ICJ) masih boleh dipertikaikan dari segi kesahihannya oleh Pakar Sejarah. Menurut beliau :-
  • Adalah sukar untuk pihak yang mendakwa itu membuktikan kesahihan tuntutan mereka sebagai waris Sultan yang sah berikutan perlu berdepan pelbagai prosidur ketat dan rumit kerana membabitkan salahsilah dan susur-galur keturunan Sultan sebelum ini.
  • Selain itu tiada asas kuat menyokong bukti bahawa alat kebesaran diraja berusia ratusan tahun didakwa milik keturunan nenek moyang Noor Jan Shah, sultan terdahulu.  Ia meragukan.
  • Walaupun beliau menerima surat pengiktirafan dari ICJ sebagai Sultan Melaka, ia tidak boleh diguna pakai untuk memerintah Melaka. "Kita terikat dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Melaka sebuah negeri yang tidak mempunyai Sultan selain Undang-Undang Tubuh Melaka yang tidak boleh diubah atau dipinda tanpa mendapat persetujuan semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri".
  • "Saya tidak pasti sejauh mana  kajian dibuat ICJ sehingga boleh mengiktiraf  Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka".
Beliau memaklumkan sebelum ini memang ramai individu yang datang berjumpa beliau mendakwa sebagai Sultan Melaka dengan membawa bukti seperti salahsilah Raja Melayu, tombak, cap mohor berlambang pohon beringin serta cap mohor diraja tetapi ianya boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.
  • "Ada yang mengemukakan bukti cop mohor yang ditemui di Riau, Indonesia. Memang kita tahu Sultan Mahmud mangkat di Riau dan dimakamkan disitu pada 1528 dan tidak mustahil keturunan Sultan Mahmud juga ada di Riau yang boleh menjadi Sultan Melaka.  Cuma dari segi kesahihan dari bukti boleh dipertikaikan, termasuk cap mohor yang juga boleh dipertikaikan dari segi bukti sejarah.  Kita bawa pakar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Warisan Negara untuk buat kajian.  Hasilnya negatif.

Datuk Dr Ramlah Adam, Pakar Sejarah dan Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis berpendapat adalah mustahil untuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau ICJ memberi pengiktirafan kepada Noor Jan Shah sebagai Sultan Melaka sedangkan kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf beliau. Adalah tidak munasabah ICJ berbuat demikian tanpa mendapat pandangan daripada kerajaan dan pakar sejarah negara ini. Kenyataan Datuk Dr Ramlah Adam ini dikeluarkan dalam Harian Metro bertarikh 03 Januari 2014. menurut beliau :-
  • "Soal mendapatkan pengiktirafan ICJ itu adalah urusan dia (Noor Jan), tetapi kita  tidak boleh rekod, malah tidak ada rekod rasmi yang dicatatkan oleh kerajaan Malaysia yang mengesahkan dia adalah Sultan Melaka.  Kita tidak boleh terima pakai pengiktirafan itu".
  • "Mungkin dia hendak jadi terkenal dengan berbuat demikian.  Niat sebenar hanya dia yang tahu".
Sebagai seorang pengkaji sejarah negara, beliau memaklumkan tidak pernah menemui  bukti dalam mana-mana dokumen, risalah atau buku bahawa akan wujud seorang individu yang bergelar Sultan Melaka baru.
  • "Malah, semua pengkaji sejarah negara ini juga tidak pernah membangkitkan soal berkenaan dalam mana-mana pentas perbincangan atau forum.
  • Dari segi kisah sejarah lampau, memang tiada bukti akan wujud Sultan Melaka baru dan pengakuan dia mungkin kerana syok sendiri atau ada sesuatu niat yang kita sendiri tak tahu"

Akhir kata dari Syah ..............“wallahu a’lam bishawab"

Sumber :-  Fan Page DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah / Harian Metro

3 comments:

Anonymous said...

Impossible?

Anonymous said...

Salam....

I think its impossible for him to become the sultan of Melaka. We have evident historical sequence on how Melaka lost its sultan and later branched to the present Perak State and Johor State.

And by the way, looking at the certs from the world court, nampak gayanya kertas tu tidak sahih. Walauapapun janganlah seorang ini memalukan Raja-Raja lain yg memerintah.

sincerely speaking....
T. Iskandar Shah...

Anonymous said...

......kalau Sultan Sulu pun gagal mendapatkan hak kerana segala2nya hanyalah tinggal sejarah, seperti mana cerita Hang Tuah lima sekawan. Nanti keturunan Sultan Hussein nak tuntut di Johor, keturunan Raja Brooke menuntut di Sarawak, atau Malaysia akan menuntut wilayah Selatan Thai dan Riau...