Seluruh dunia sekarang sedang menunggu-nunggu berita mengenai kelahiran bakal pewaris tahta Britain yang dijangka dilahirkan pertengahan Julai ini dan tentunya berita ini mengembirakan semua pihak terutamannya baginda Queen Elizabeth II dan Prince Philip, Duke of Edinburgh. Kegembiraan baginda bertambah berlipat kali ganda apabila mendapat berita bahawa baginda akan menerima seorang lagi cicit pada awal tahun hadapan. Cucunda baginda, Zara Phillips yang berkahwin dengan pemain rugby, Mike Tindall dilaporkan akan menerima cahayamata pertama mereka pada awal tahun hadapan. Istana Buckingham telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Zara merupakan anak perempuan kepada Her Royal Highness The Princess Royal dengan bekas suaminya Kapten Mark Philips. Zara yang berusia 32 tahun berkahwin dengan Tindall yang berusia 34 tahun pada Julai 2011 berada dikedudukan ke-15 sebagai pewaris tahta Britain apabila anakanda kepada Duke and Duchess of Cambridge dilahirkan nanti. Anak kepada Zara yang bakal lahir ini nanti tidak akan menggunakan sebarang gelaran diraja atau menggunakan gelaran His/Her Royal Highness sepertimana Zara dan abangnya sendiri, Peter Philip yang tidak diberikan gelaran diraja.
Sumber :-
No comments:
Post a Comment