Kita semua masih tertunggu-tunggu bilakah Bakal Pewaris Tahta Britain akan dilahirkan dan pelbagai andaian telah dibuat oleh pelbagai pihak berikutan kenyataan yang dikeluarkan bahawa Duchess of Cambridge atau Kate Middleton akan melahirkan bayi sulngnya pertengahan Julai ini. Pihak Istana tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bila bayi berkenaan akan dilahirkan walau bagaimanapun Kate dan Istana St James memaklumkan bayi berkenaan akan lahir pada pertengahan Julai ini. Jom kita lihat sedikit sebanyak perkara yang berkaitan berhubung kelahiran ini :-
Ini adalah rumah agam bernilai 5 juta pound sterling di Bucklebury yang merupakan kediaman Ibu dan Bapa Kate Middleton. Kate berada di kediaman ini beberapa hari lepas untuk berehat dikediaman ibu bapanya yang terletak didalam kawasan seluas 18 hektar dan mempunyai kolam renangnya sendiri. Kate juga dikatakan akan menghabiskan masa berpantangnya dikediaman ini. Malam Jumaat lepas Kate dan Prince William dilihat keluar dari kediaman ini menuju London dan tersebarlah berita samada di laman web atau Twitter bahawa beliau akan melahirkan bayinya. Walau bagaimanapun kenderaan pasangan diraja ini berangkat menuju ke kediaman mereka di Istana Kensington bukannya ke Hospital.
Kate Middleton telah memilih Hospital St Mary di Paddington untuk melahirkan bayi sulung beliau. Jarak diantara hospital dan Istana Kensington lebih kurang 5 minit perjalanan menggunakan kenderaan. Semenjak awal Julai lepas para wartawan dan jurugambar dari seluruh dunia telah berkampung dihadapan Lindo Wing di Hospital St Mary untuk membuat liputan mengenai kelahiran ini. Ada diantara mereka menaikkan kemah sebagai tempat berehat dan tidur supaya tidak terlepas peluang keemasan ini apabila Kate akan dibawa masuk ke hospital pada bila-bila masa untuk melahirkan anaknya melalui Lindo Wing. Hospital ini juga telah menjadi tumpuan bagi pelancung asing yang datang ke London yang tidak mahu melepaskan peluang jika kebetulan mereka berada di kawasan ini dan Kate dibawa masuk ke hospital.
Terdapat beberapa tarikh penting dalam bulan Julai yang berlaku kepada Kerabat Diraja Britain. Bonda Prince William, Mendiang Princess Diana dilahirkan pada 01 Julai 1961 dan tarikh perkahwinan kedua ayahanda dan bonda Prince Willian adalah pada 29 Julai 1981. Tarikh lahir Mendiang Princess Diana telah lepas dan adakah bayi berkenan akan dilahirkan pada tarikh perkahwinan Ayahanda dan Bonda Prince William?
Bonda Tiri Prince William iaitu HRH Duchess of Cornwall pula dilahirkan pada 17 Julai 1947 dan nampak gayanya tarikh tersebut sudah terlepas.
Semua orang teruja dan ternanti-nanti akan kelahiran bakal pewaris tahta ini tetapi bagi sahabat rapat yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Queen Elizabeth II, Margaret Rhodes (88 tahun) dalam kenyataannya kepada wartawan CNN baru-baru ini bahawa dia mengaku tidak teruja mengenai berita kelahiran anak Prince Willian dan Kate. Tambahnya semua orang ada anak dan iannya satu yang mengembirakan dan beliau tidak teruja mengenainya. Margaret juga merupakan pengapit kepada baginda Queen Elizebeth II sewaktu majlis perkahwinan baginda dengan Duke of Edinburgh. Walau bagaimanapun Margaret berharap agar anak yang lahir itu nanti akan dibesarkan dan menikmati kehidupan seperti kanak-kanak biasa yang lain.
Sumber :- Express / Royaltynu / etc
No comments:
Post a Comment