14 Julai 2013, Ahad :-
Semalam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd. Khalil bin Yaakob dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasim telah menghadri majlis pengkebumian bekas Ketua Menteri Melaka, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahir Ithnin. Jenazah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim di Bukit Palah. Allahyarham yang berusia 74 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 17:50hrs 12 Julai lepas dikedaman Allahyarham di Kampung Merlimau Pasir, Merlimau kerana mengalami komplikasi buah pinggang. Allahyarham telah dimasukkan ke Hosptal Gleneagles pada Mei lepas sebelum dipindahkan ke Hosptal Melaka pada 09 Julai lepas sebelum dibenarkan pulang pada 11 Julai.
Allahyarham dilahirkan pada 14 September 1939 di Kampung Merlimau Pasir Jasin merupakan seorang bekas guru dan pernah menjadi Speaker Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai dan Merlimau. Allahyarham menjadi Ketua Menteri Melaka mulai 23 Mei 1997 hingga 02 Disember 1999 menggantikan Allahyarham Datuk Seri Mohd. Zain Abdul Ghani yang meninggal dunia akibat angin ahmar. Jawatan terakhir beliau dalam kerajaan adalah Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri yang disandangnya mulai tahun 1999 hinggan 2004. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Seri Khalijah Mohd. Jiddi (66 tahun) dan enam orang cahayamata.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham diatas kehilangan ini, Al-Fatihah ........ semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang berman dan beramal solleh. Amin
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham diatas kehilangan ini, Al-Fatihah ........ semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang berman dan beramal solleh. Amin
Sumber :- Bernama / Kosmo
No comments:
Post a Comment