12 Julai 2013, Jumaat :-
Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jemaah Menteri Kabinet dan tetamu-tetamu jemputan khas. Turut mengiringi baginda adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun. Majlis diadakan di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Seramai 36 pelajar Tahfiz dari Madrasah Nurul Hidayah di Kampung Pandan turut serta dalam majlis ini.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment