Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Kurniaan Aidilfitri yang diadakan di Dewan Kompleks Pentadbiran Kubang Pasu. Dalam majlis ini, seramai 200 orang anak yatim di daerah Kubang Pasu telah menerima sumbangan berupa wang tunai, pakaian raya dan hamper makanan menerusi Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah atau YASH.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment