Monday, July 15, 2013

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Di Makam Al-Marhum Sultan Sharif Ali

15 Julai 2013, Isnin :-

Pada hari Sabtu lepas bersamaan 13 Julai 2013, Universiti Islam Sultan Sharif Ali atau UNISSA telah mengadakan majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan Sharif Ali.  Majlis diadakan di Makam Al-Marhum Sultan Sharif Ali di Jalan Kota Batu, Bandar Seri Bagawan. Mereka yang hadir ke majlis ini merupakan pegawai, tenaga pengajar dan kakitangan UNISSA yang diketuai oleh Rektornya, Pengiran Anak Dr. Haji Amiruddin Alam Shah bin Pengiran Anak Haji Ismail.  Majlis dimulai dengan bacaan Al Fatihah diikuti bacaan Yasin yang dipimpin oleh Dr. Azme bin Haji Metal manakala bacaan Tahlil dipimpin oleh Supri bin Haji Sudin. 

Al-Marhum Sultan Sharif Ali merupakan Sultan Brunei ke-3 yang memerintah diantara tahun 1426 hingga 1432.  Al-Marhum juga dikenali dengan panggilan Sultan Berkat  dan merupakan Sultan Brunei yang pertama membina Masjid di Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Pelita Brunei

No comments: