Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah di Kampung Sungai Akar. Ini adalah kali pertama Tuanku Sultan Brunei menunaikan Solat Jumaat di Masjid ini. Turut serta mengiringi Tuanku Sultan adalah dua orang putera baginda iaitu YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Laungan Allahuakhbar dilaungkan sebanyak tiga kali oleh Menteri Hal Ehwal Ugama selepas baginda selesai menandatangani plag kenangan sempena keberangkatan pertama kali baginda untuk solat Jumaat di masjid ini.
Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei dan rombongan disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman dan Mufti Kerajaan, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid. Solat Jumaat diimamkan oleh Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal manakala khutbah Jumaat dibacakan oleh Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.
Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei / Pelita Brunei / Brudirect.com
No comments:
Post a Comment