Sunday, July 7, 2013

Balairong Seri Istana Syarqiyyah


07 Julai 2013, Ahad :-

Inilah dia Balairong Seri Istana Syarqiyyah yang merupakan Istana  Baru Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Dari jauh lagi kita boleh melihat Singahsana Kesultan Terengganu berdiri megah melambangkan kedaulatan Sultan-Sultan Terengganu.  Hari ini balairong Seri ini telah digunakan buat pertama kalinya untuk Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-51.  Istana baru ini merupakan istana rasmi Tuanku Sultan Terengganu dan semua majlis rasmi akan berlangsung di istana ini.


Sebelum ini ianya lebih dikenali dengan panggilan Istana Bukit Chendering kerana kedudukannya diatas bukit dalam mukim Chendering dan kemudiannya atas perkenan Tuanku pada 04 Julai 2013 baginda telah berkenan mengisytiharkan permasyhuran istana ini dengan nama Syarqiyyah yang membawa maksud "Permata Timur".  Istiadat dimulai dengan laungan Azan oleh pegawai agama istana diikuti upacara menaikkan Bendera Sultan sebelum Menteri Besar Terengganu membacakan pengisytiharan pemasyhuran nama istana tersebut. 


Istana ini dibina dalam empat fasa bermula pada tahun 2006 sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dan dijangka siap sepenuhnya pertengahan tahun 2014. Fasa pertama dan kedua melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalaman dan seumpamanya.

Sumber :- Husam / Kosmo / Bernama / Malaysianreview

4 comments:

Mohamad Syardanie Anuar said...

Assalamualaikum... Betui ka Darjah SPMT la ni membawa gelaran Dato' Seri berdasarkan laporan dalam Images Bernama...? Setahu saya darjah ni membawa gelaran Dato'...

tengkusyah said...

Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu atau S.P.M.T. :-

Mereka yang dianugerahkan Darjah Kebesaran ini hendaklah menguna, menyandang panggilan dan gelaran Dato' sebelum nama masing-masing manakala isteri-isteri mereka pula hendaklah menggunakan gelaran To' Puan pada setiwp masa.

Tak tahulah jika ada perubahan tetapi sometimes Bernamapun ada juga tersilap tulis.Biasalah Human error.

Ku Av said...

Gambar no 3 tu bangunan apa..

Anonymous said...

salam....klu boleh..disini saya nak pelbetulkan bahawa pic yang ketiga bukanya istana sultan terengganu...tetapi ianya adalah kompleks bangunan ditaman ilmu besut yang mana ianya adalah projek datuk seri idrus jusoh semasa menjadi menteri besar Terengganu..