Monday, July 1, 2013

Tuanku Abdul Halim Hadiri Majlis Santapan Malam Jubli Emas SMSAH

01 Julai 2013, Isnin :-

Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Jubli Emas Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim atau SMSAH yang berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. SMSAH ditubuhkan pada tahun 1963 dan telah menghasilkan seramai 5,500 pelajar hingga kini.  Dalam majlis ini Tuanku Abdul Halim telah berkenan melancarkan Yayasan SMSAH yang ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk aktiviti pembangunan sekolah. Alumni SMSAH mempunyai seramai 2,000 anggota yang aktif.

Datuk Rasli Basir telah dipilih untuk menerima Anugerah Tokoh Alumni SMSAH.  Anugerah Tokoh Alumni SMSAH merupakan pengiktirafan yang diberi kepada almuni SMSAH yang berjaya dalam sektor awam, politik serta korporat. Anugerah ini  merupa pertama kali diwujudkan sempena sambutan Jubli Emas SMSAH. Salah seorang Alumni SMSAH, Datuk Jamaluddin Hasan begitu bernasib baik malam tadi kerana telah memperolehi Proton Saga SV dalam cabutan bertuah.

Tuanku Abdul Halim pula telah menerima sepasang burung kakak tua bewarna merah sebagai cenderahati yang disampaikan oleh Professor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak. Jualan meja bagi sambutan jubli emas ini terbahagi kepada tiga kategori bernilai RM20,000.00, RM10,000.00 dan RM5,000.00 sebuah.  turut mengiringi baginda dalam majlis ini adalah Presiden Alumni SMSAH, Professor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Pengelola Majlis Santapan Jubli Emas SMSAH, Datuk Muhammad Faizal Zainol.

Sumber :- Bernama / Sinar Harian

2 comments:

Khaisya said...

assalammualaikum..maaf bertanya..Maharum tu maksudnya apa?

tengkusyah said...

Maharum itu Nama Nenda Syah