03 Julai 2013, Rabu :-
Inilah dia His Highness Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, Emir Qatar yang baru dilantik menggantikan Ayahanda baginda, His Highness Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. His Highness Sheikh Hamad telah memberi laluan kepada anakandanya yang baru berusia 33 tahun ini untuk memimpin negara yang kaya dengan hasil minyak dan sekaligus menjadikan baginda sebagai pemimpin termuda di dunia Arab. Penyerahan kuasa seperti ini jarang terjadi didunia Arab kerana kebiasaannya ia berlaku selepas kemangkatan pemerintah berkenaan sepertimana sistem penggantian Raja di negara kita. Walau bagaimanapun kaedah ini dilihat sebagai satu langkah perubahan bagi golongan muda menerajui negara dengan idea-idea yang baru. His Highness Sheikh Hamad berusia 61 tahun dan telah memerintah Qatar selama 18 tahun semenjak 1995. Qatar telah diperintah oleh Keluarga Al-Thani hampir 150 tahun yang lalu. His Highness Sheikh Hamad mengidap masalah penyakit buah pinggang tetapi pengunduran beliau bukanlah atas faktor kesihatan tetapi untuk memberi laluan kepada pemimpin muda mentadbir Qatar.
His Highness Sheikh Tamim diputerakan pada 1980 dan merupakan putera kedua His Highness Sheikh Hamad bersama isteri keduanya Her Highness Sheikha Mozah. Baginda mendapat pendidikan di Harrow dan Sherborne di United Kingdom serta menamatkan latihan tenteranya pada 1998 di Royal Militar Academy Sandhurst. Semenjak 2005 lagi baginda telah menerima latihan dan diberi pendedahan pendedahan sebagai Emir Qatar.
His Highness Sheikh Tamim berkahwin dengan sepupu baginda His Highness Sheikha Jawaher binti Hamad bin Suhaimi Al-Thani pada 2005 dan dikurniakan dengan empat orang cahayamata. Pada tahun 2009, baginda berkahwin sekali lagi dengan His Highness Sheikha Anoud binti Mana Al-Hajri dan dikurniakan dengan dua orang cahayamata. Baginda mempunyai tiga orang putera dan tiga orang puteri setakat ini.
Sumber :- News Middle East / Tentang Qatar.Com / Republika Online
No comments:
Post a Comment