08 Julai 2013, Isnin :-
Sambutan Hari Keputeran, Hari Jadi atau Hari Lahir tidak akan sempurna jika tiada kek sebab iannya sudah menjadi lumrah bagi masyarakat kita semenjak dari dahulu lagi. Walau bagaimanapun ada diantara kita menukarkan kek dengan pulut kuning, pie, cup cake dan seumpamanya mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing. Gambar diatas merupakan kek Hari Keputeraan yang ke-51 tahun Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang ke-51 buat julung kalinya di Istana Syarqiyyah, yang merupakan Istana baru Sultan Terengganu.
Sumber :- To' Puan Anna
No comments:
Post a Comment